Buli Siber terhadap kanak-kanak penyokong pasukan bola sepak Kedah - pakdin.my

Saya faham ada suka duka kepada pemenang dan tempat Kedua dalam Piala Malaysia. Kedua-dua sama hebat. Lumrah permainan ada nombor 1 dan ada tempat kedua.

Namun agak sedikit terkilan, ada beberapa video menjadi bahan jenaka. Contohnya seperti video adik ini. Adik ini penyokong Kedah. Dia menangis kerana Kedah tidak menang dalam Piala Malaysia.

Tindakan merekod dan menyebarkan videonya ini merupakan satu bentuk buli. Ini dinamakan buli siber.

Budak ini kecewa kerana Kedah tumpas. Tetapi budak ini akan malu selama-lamanya sekiranya dia melihat video ini. Tambahan lagi, sekiranya dia ke sekolah pada Isnin ini di ejek oleh rakan-rakannya.

Bagaimanakah perasaannya? Kita tidak boleh jangka apa yang dia rasa, emosinya dan tindakannya. Kita takut dek kerana malu, dia akan bertindak di luar fikiran kita.

Maka, saya mohon kepada rakan-rakan yang ada upload dan sebarkan videonya, harap turunkan. Saya yakin jika kita tutup aib insan lain, maka Allah akan tutup dan jaga aib kita.

#gengtolakbuli

Instagram will load in the frontend.

Oleh Mohd Fadhli

UTAMAGAYA HIDUPBuli Siber terhadap kanak-kanak penyokong pasukan bola sepak Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium