Cadangan Kerajaan Selangor Henti Projek Persekutuan Merugikan Rakyat – PM @NajibRazak

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

khalid ibrahim-anwar ibrahimKUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan cadangan kerajaan Selangor untuk menghentikan projek-projek kerajaan persekutuan hanya akan merugikan rakyat negeri itu.

Beliau berkata pertikaian sehingga menghentikan projek tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merugikan rakyat dan pembangunan juga akan terbantut di Selangor.

“Kita akan bincang perkara ini dan tentukan apa tindakan yang patut kita lakukan sama ada kita minta perintah mahkamah atau apa-apa tindakan selanjutnya. Apapun mereka hendak lakukan, pokoknya rakyat akan rugi,” kata pengerusi BN itu pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin dan anggota Majlis Tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang menggantung semua projek jalan raya dan prasarana kerajaan persekutuan sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Mahkamah memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa mengeluarkan notis meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES itu.

Dalam pada itu, Najib mencabar Pakatan Rakyat supaya turut menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

“Selama ini mereka tuduh macam-macam terhadap BN. Kita sudah sanggup tandatangani Ikrar Integriti ini, sepatutnya kalau betul mereka perjuangkan soal salah guna kuasa dan rasuah, inilah masanya mereka buktikan pendirian mereka yang konsisten dan tegas dalam hal ini tetapi mereka enggan untuk tandatanganinya pula,” katanya.

Ikrar Integriti itu dapat membendung salah guna kuasa, membeli undi, salah guna wang dan juga sumbangan kepada parti politik yang sepatutnya masuk ke dalam akuan parti, yang boleh disabitkan di bawah Akta Pilihan Raya, kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia).

BACA juga:

Leave a Reply