Chin Peng Bukan Warganegara Malaysia, Tiada Sebab Jasadnya Perlu Dibawa Pulang

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

chin-peng-babi

Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan tiada sebab kenapa jasadnya perlu dibawa pulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Beliau tidak pernah dapat taraf kerakyatan apabila beliau menyertai Parti Komunis Malaya (PKM),” kata Khalid kepada The Star Online ketika dihubungi bagi mengulas mengenai kematian Chin Peng.

“Saya percaya beliau akan gembira jika disemadikan di tempat beliau banyak menghabiskan masanya,” tambah Khalid.

Khalid berkata, tiada apa lagi yang perlu diperbincangkan mengenai bekas setiausaha agung KPM, Chin Peng yang meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Isnin.

Beliau berkata, tiada isu yang perlu ditimbulkan, dan Chin Peng sudah pun meninggal dunia.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Chin Peng mengetuai gerila pemberontak KPM dan menentang angkatan bersenjata British dan Komanwel bagi mendapatkan kemerdekaan sebagai sebuah negara komunis.

pengganas-komunis

Pemberontakan itu berakhir secara rasmi pada 2 Disember 1989 apabila kerajaan Malaysia menandatangani sebuah perjanjian damai dengan KPM, kurang sebulan selepas Tembok Berlin dirobohkan.

Chin Peng dibuang negara dan tinggal di Thailand selama lebih lima dekad dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia.

Beliau dilahirkan pada akhir Oktober 1924 dengan nama Ong Boon Hua, di sebuah pekan persisiran pantai di Sitiawan, Perak dan Chin Peng begitu dikenali sebagai bekas gerila komunis dan kekal menimbulkan kontroversi.

Chin Peng gagal dalam perbicaraannya untuk memohon dibenarkan kembali pulang ke Malaysia.

Beliau tinggal di Thailand dan memiliki pasport China.

Sebahagian pemimpin Malaysia menegaskan bahawa kepulangannya akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan orang tersayang ketika berlakunya pemberontakan komunis.

BACA juga:

Leave a Reply