CHIN PENG (Mengikut pandangan Mahathir) - pakdin.my

1. Percubaan untuk mengisytiharkan Chin Peng seorang pejuang patriot, nasionalis dan kebebasan mencerminkan betapa jauh terpesongnya pemahaman segelintir rakyat Malaysia berkenaan apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan objektif sebenarnya.

2. Pertama, perlu ditegaskan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) telah terus mengganas lama selepas Malaya dan kemudian Malaysia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957.

3. Dalam pemberontakan mereka terhadap negara Malaysia yang merdeka, PKM membunuh ribuan orang awam dan anggota keselamatan tanpa mengambil kira peranan mereka sebagai pembela kemerdekaan atau rakyat biasa yang tidak bersalah. Pegawai polis telah dibunuh dan polis diserang hendap.

4. Rakyat negara yang bebas tidak membunuh sesama warganegara yang hanya melakukan tugasnya untuk memberikan jaminan kepada warganegara yang lain untuk suatu kehidupan yang normal. Tetapi PKM mengabaikan kemerdekaan negara dan hak demokrasi rakyat semata-mata untuk mengejar cita-cita mereka untuk mewujudkan pemerintahan diktator Komunis di Malaysia. PKM bersedia menggunakan keganasan yang melampau untuk mengangkat pemimpinnya Chin Peng, sebagai pemerintah kuku besi negara.

5. Yang lebih mengerikan, banyak kekejaman dan mutilasi yang dilakukan oleh Chin Peng dan PKM bukan hanya pada askar tetapi ramai orang awam menjadi mangsa mereka.

6. Sejarah dan rekod kerajaan menunjukkan bahawa PKM menyusun langkah untuk menyusup dalam kesatuan sekerja dan parti politik supaya dapat menjejaskan kestabilan negara dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih.

7. Pada Pilihan Raya Umum 1969, PKM tidak menghiraukan Kerajaan dan mengadakan perarakan mayat untuk membangkitkan kebencian terhadap parti Perikatan. Ini menyumbang kepada ketegangan antara kaum dan rusuhan kaum.

8. Sehingga perjanjian Haadyai pada tahun 1990, gerila PKM telah menanam jerangkap samar yang menyebabkan banyak anggota polis dan tentera kehilangan kaki, lengan dan penglihatan mereka. Ramai anggota telah terbunuh.

9. Perjanjian tersebut adalah untuk menghentikan pembunuhan anggota pasukan keselamatan negara pada mana tidak ada lagi kemungkinan bahawa PKM akan dapat merampas kuasa di Malaysia. Perjanjian yang disediakan adalah bertujuan supaya pengganas PKM meletakkan senjata. Ramai pengganas PKM memilih untuk tinggal di Thailand. Beberapa pengganas yang ingin melawat saudara-mara di Malaysia dibenarkan berbuat demikian. Mereka yang mengaku bahawa mereka telah dipaksa atau disesatkan untuk menyertai PKM dan berharap untuk tinggal di negara ini dibenarkan berbuat demikian. Perjanjian itu merupakan penyelesaian praktikal terhadap masalah yang dihadapi oleh negara dan merupakan penyelesaian untuk PKM yang telah kehilangan semua sokongan di Malaysia berikutan kempen Kerajaan untuk memenangi hati dan minda rakyat.

10. PKM tidak akan menandatangani perjanjian tersebut jika masih mempunyai sokongan yang besar dari rakyat Malaysia. Perlu diakui bahawa beberapa kumpulan ekstremis di negara ini masih menyimpan harapan supaya Malaysia diperintah komunis (PKM). Selain itu, selepas lawatan Tun Razak ke China pada tahun 1974, Kerajaan China telah menghentikan sokongan kepada PKM. Ia menghentikan siaran radio untuk menyokong PKM pada tahun itu. Negara menyambut penghapusan sokongan China kepada PKM dengan memberikan parti BN majoriti besar dalam pilihan raya 1974.

11. Segala fakta di atas menunjukkan bahawa sejak dari awal, pemberontakan yang dilancarkan oleh Chin Peng dan PKM adalah dengan matlamat untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah negara pimpinan kuku besi dengan pemimpin PKM sebagai diktator. Mereka tidak ada hasrat untuk memberi rakyat hak untuk memilih Kerajaan. PKM ingin menukar pemerintahan British Kolonial dengan pemerintahan diktator komunis dan bukan sebuah negara yang merdeka.

12. Adalah penting untuk diingat bahawa Chin Peng tidak pernah berusaha untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu, beliau telah melupuskan semua hak sebagai warganegara Malaysia. Namun begitu, kemungkinan para pendukung dan penyokong berhaluan kirinya akan berhimpun di tempat pengebumiannya sebagai simbol untuk kebangkitan semula PKM di Malaysia. Hubungan kaum sedia ada di Malaysia telah merosot. Dengan Chin Peng sebagai simbol, kemungkinan besar hubungan kaum mungkin meletus kepada keganasan.

13. Tindakan Kerajaan untuk tidak membenarkan pengebumian Chin Peng di Malaysia atau membawa abunya kembali adalah tindakan yang betul.

DR. MAHATHIR MOHAMED
2 Oktober 2013

(Artikel asal di atas dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di New Straits Times pada 1 Oktober 2013.)

Rujukan:
Blog Mahathir
http://chedet.cc/?p=1079

https://pakdin.my/tag/chin-peng

UTAMAPOLITIKCHIN PENG (Mengikut pandangan Mahathir)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium