Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm

Malaysia

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm

Global

All countries
245,391,007
Confirmed
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
All countries
220,728,527
Recovered
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm
All countries
4,981,291
Deaths
Updated on October 27, 2021 17:37 5:37 pm

COVID-19: Kes aktif bawah 165 ribu; kes baharu dan kluster semakin berkurangan

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Sept hingga pukul 8:30mlm 1 Okt 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.2 juta kes. Di peringkat global, lebih 234 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.8 juta. Lebih 211 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Kes aktif COVID-19 dalam negara semakin berkurangan dan kini di bawah 165,000 berkat usaha gigih kerajaan mengawal penularan koronavirus yang boleh membawa maut ini, ditambah dengan kes sembuh yang tinggi.

Untuk rekod, kes harian baharu COVID-19 dalam negara sejak lebih seminggu lalu secara konsistennya di bawah 15,000 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Sept – 1 Okt 2021), kes harian baharu paling rendah dicatat pada Isnin 27 September iaitu sebanyak 10,959 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatat angka kes harian baharu sekitar 10 ribu kes adalah pada 18 Julai 2021 (10,710 kes) dan 19 Julai 2021 (10,972 kes).

Angka kes sembuh paling tinggi dicatat sepanjang Rangkuman Mingguan ini adalah pada Ahad 26 September iaitu 20,971 kes berbanding kes harian baharu sebanyak 13,104 kes.

Setakat Jumaat 1 Okt 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 11,889 kes harian baharu. Kes kumulatif COVID-19 pula sebanyak 2,257,584 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat Khamis 30 Sept 2021 adalah sebanyak 164,536 kes, berbanding sebanyak 198,284 kes pada Khamis  23 September lepas.

Sebanyak tiga (3) sahaja buah negeri mencatat kes empat angka hari ini. Sarawak di tangga teratas dengan 2,413 kes, diikuti Selangor 1,568 kes dan Johor 1,217 kes.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan baru-baru ini turut melahirkan keyakinan kerajaan “unjuran kes harian kes baharu jangkitan COVID-19 akan terus mencatatkan trend penurunan dengan kerjasama Keluarga Malaysia.”

Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan R-naught yang masih kekal di bawah nilai 1.0 dan kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan trend penurunan.

Beliau berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merekodkan kadar 85.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Wilayah Persekutuan Putrajaya (WP Putrajaya), Selangor dan Melaka akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini (1 Oktober).

Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu  turut mengumumkan Kedah beralih ke Fasa Dua PPN, dan ini menjadikan tiada lagi negeri berada di Fasa Satu.

Kedudukan negeri-negeri dalam PPN – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah kini berada dalam Fasa Dua; WPKL, WP Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak dalam Fasa Tiga; sementara Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam Fasa Empat.

Dengan kes kumulatif 2,257,584, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Ukraine (2,435,413 kes) dan Filipina (2,565,487 kes).

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (25 Sept hingga 1 Okt 2021) adalah seperti berikut:-

25 Sept (13,899 kes), 26 Sept ( 13,104 kes), 27 Sept ( 10,959 kes), 28 Sept (11,332 kes), 29 Sept (12,434 kes), 30 Sept (12,735 kes) dan 1 Okt (11,889 kes).

Berikut adalah rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

25 Sept (18,074 kes), 26 Sept ( 20,971 kes), 27 Sept (16,430 kes), 28 Sept (14,160 kes), 29 Sept (17,000 kes), 30 Sept (17,725 kes)  dan 1 Okt (15,891 kes).

Sementara itu, KKM melaporkan sebanyak 850 kes COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 380 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 192 kes kematian dilaporkan pada Khamis 30 September, menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 dalam negara berjumlah 26,335 kes.

Daripada 11,889 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 sementara sebanyak 11,710 kes (98.5 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

25 Sept (0.91), 26 Sept ( 0.92), 27 Sept ( 0.90), 28 Sept (0.88),  29 Sept (0.89) dan 30 Sept (0.90).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 30 Sept adalah WP Putrajaya 1.02, Pahang 0.99 dan Perlis 0.99.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan baru-baru ini, Malaysia menyasarkan untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober 2021.

Beliau turut dilaporkan berkata, langkah pembendungan menerusi kaedah pemutus litar berkemungkinan dilaksanakan sekiranya sesuatu lokasi merekodkan penularan jangkitan secara luar biasa.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Sehingga 1 Okt 2021, Malaysia mempunyai sebanyak 1,068 kluster masih aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,491 kluster di kesan di negara ini dan 4,423 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 102 kluster baharu (142 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 18 Sept-24 Sept 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 51 kluster tempat kerja (52 peratus) dan 42 kluster komuniti (41.2 peratus).

Menurut perincian KKM, daripada 11,889 kes harian baharu, hanya tiga (3) buah negeri mencatat kes empat angka, 10 buah negeri mencatat kes tiga angka, dua (2) buah negeri mencatat kes dua angka dan sebuah negeri merekod kes satu angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Sarawak 2,413 kes, Selangor 1,568 kes dan Johor 1,217 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – Perak 959 kes, Sabah 872 kes, Kelantan 858 kes, Pahang 831 kes, Pulau Pinang 779 kes, Kedah 710 kes, Terengganu 699 kes, Melaka 378 kes, WP Kuala Lumpur 289 kes dan Negeri Sembilan 197 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 81 dan WP Putrajaya 36 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 2 kes.

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (25 Sept – 1 Okt 2021)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 13,899 kes harian yang dilaporkan pada 25 Sept 2021,

211 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
13,688 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 13,104 kes harian yang dilaporkan pada 26 Sept 2021,

201 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
12,903 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 10,959 kes harian yang dilaporkan pada 27 Sept 2021,

205 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 11,332 kes harian yang dilaporkan pada 28 Sept 2021,

247 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
11,085 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 12,434 kes harian yang dilaporkan pada 29 Sept 2021,

207 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
12,227 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 12,735 kes harian yang dilaporkan pada 30 Sept 2021,

220 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
12,515 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 11,889 kes harian yang dilaporkan pada 1 Okt 2021,

179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
11,710 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Berikut adalah rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

25 Sept (18,074 kes), 26 Sept ( 20,971 kes), 27 Sept (16,430 kes), 28 Sept (14,160 kes), 29 Sept (17,000 kes), 30 Sept ( 17,725 kes) dan 1 Okt (15,891 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 1 Okt 2021 sebanyak 2,70,715 kes (91.7 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

25 Sept – Kes baharu 13,899 kes (2,185,131 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (3 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 13,893 kes [12,571 warganegara (90.5%);  1,322 bukan warganegara (9.5%)];

26 Sept –  Kes baharu 13,104 kes (2,198,235 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (3 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 13,096 kes [11,892 warganegara (90.8%);  1,204 bukan warganegara (9.2%)];

27 Sept –  Kes baharu 10,959 kes (2,209,194 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (2 warganegara; 10 bukan warganegara); Kes tempatan : 10,947 kes [10,150 warganegara (92.7%);  797 bukan warganegara (7.3%)];

28 Sept – Kes baharu 11,332 kes (2,220,526 kes kumulatif); Kes import : 23 kes (18 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 11,309 kes [10,475 warganegara (92.6%);  834 bukan warganegara (7.4%)];

29 Sept – Kes baharu 12,434 kes (2,232,960 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (8 warganegara); Kes tempatan : 12,426 kes [11,591 warganegara (93.3%);  835 bukan warganegara (6.7%)];

30 Sept- Kes baharu 12,735 kes (2,245,695 kes kumulatif); • Kes import : 17 kes (9 warganegara; 8 bukan warganegara); • Kes tempatan : 12,718 kes [11,842 warganegara (93.1%); 876 bukan warganegara (6.9%)];

1 Okt – Kes baharu : 11,889 kes (2,257,584 kes kumulatif); • Kes import : 14 kes (6 warganegara; 8 bukan warganegara); • Kes tempatan : 11,875 kes [11,000 warganegara (92.6%); 875 bukan warganegara (7.4%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

25 Sept – 228 kes/BID 36 kes; 26 Sept – 278 kes/BID 99; 27 Sept – 258 kes/BID 75; 28 Sept – 240 kes/BID 71; 29 Sept – 208/BID 64 dan 30 Sept 192 kes/BID 47.

*Jumlah kes kematian sehingga 30 Sept 2021 sebanyak 26,335 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

25 Sept – 12 kluster (kluster tempat kerja 5, kluster komuniti 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 3, kluster pendidikan 1 dan kluster keagamaan 1);

26 Sept –  12 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 6);

27 Sept –  19 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 8, kluster pusat tahanan 1 dan kluster

kumpulan berisiko tinggi 1);

28 Sept –  15 kluster (kluster tempat kerja 6 dan kluster komuniti 9);

29 Sept –  15 kluster (kluster tempat kerja 9 dan kluster komuniti 6);

30 Sept –  15 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

1 Okt     –  14 kluster (kluster tempat kerja 7, kluster keagamaan 6 dan kluster keagamaan 1).

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 234,684,514 kes (Rangkuman Minggu lalu 231,506,198 ) dengan 4,800,083 kematian (Minggu lalu 4,744,703 kematian). Kes pesakit sembuh 211,464,455 (Minggu lalu 208,196,558 kes).

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 44,314,424 kes (716,847 kes kematian);

India 33,766,707 kes (448,372 kematian);

Brazil 21,427,073 kes (596,800 kematian);

United Kingdom 7,807,036 kes (136,662 kematian);

Rusia 7,535,548 kes (208,142 kematian);

Turki 7,154,070 kes (64,054 kematian);

Perancis 7,013,432 kes (116,713 kematian);

Iran 5,587,040 kes (120,428 kematian);

Argentina 5,256,902 kes (115,179 kematian);

Sepanyol 4,959,091 kes (86,415 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 112 dengan 96,162 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kampuchea turut menyertai senarai 109 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 –  4,216,728 kes (142,026 kematian);

Filipina di tangga 18 – 2,565,487 kes (38,493 kematian);

Thailand di tangga 28 – 1,615,229 kes (16,850 kematian);

Vietnam di tangga 44 – 790,755 kes (19,301 kematian);

Myanmar di tangga 61 – 464,076 kes (17,735 kematian);

Kampuchea di tangga 107 – 112,883 kes (2,336 kematian);

Singapura di tangga 111 – 96,521 kes (95 kematian);

Laos di tangga 142 – 24,310 kes (20 kematian);

Brunei di tangga 177 – 7,326 kes (43 kematian).

————————————————————————————————————–

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021