Dakwa Kit Siang Mengaku Wujud Manipulasi & Penyelewengan (video) - pakdin.my

dap-cec-kit-siang-manipulasi

Selepas hampir tujuh bulan, akhirnya Penasihat DAP Lim Kit Siang, secara tidak langsung mengesahkan wujud penyelewengan dan manipulasi undi pada pemilihan CEC, 15 Disember tahun lalu.

Ia sepertimana yang dibongkar Father Augustus Chen dalam buku “The Equity Report”, melibatkan 547 perwakilan haram dalam sesi pemilihan itu.

Menurut Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, David Dass, Father Chen ternyata mengetahui politik kotor yang diamalkan Lim Kit Siang, memandangkan mereka adalah rakan karib sebelum ini.

Buku kecil 16 muka surat itu mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, untuk mengekalkan kuasa dalam parti itu.

Tegas David, tindakan Kit Siang yang selama ini hanya berdiam diri tanpa membuat penafian, diibaratkan sebagai seorang penipu dan tidak bermaruah.

DAVID DASS / PENGERUSI DAP CAWANGAN LADANG PAROI SEREMBAN

“Father Chen ni adalah kawan karib Lim Kit Siang dan mereka berpisah atas sebab tertentu dan beliau telah mendedahkan buku ini tentang penyelewengan CEC ini”.

Tambahnya, semua ahli DAP mahukan pemilihan semula CEC parti itu, namun, Kit Siang seolah-olah cuba mengelak, dengan merelakan pendaftaran parti itu dibatalkan ROS.

Sekaligus memperlihatkan perancangannya untuk menubuhkan sebuah parti pentadbiran baharu.

Justeru, David tidak menolak kemungkinan Kit Siang akan menggunakan taktik simpati, untuk meraih sokongan, seperti dilakukan sebelum ini.

 

UTAMAPOLITIKDakwa Kit Siang Mengaku Wujud Manipulasi & Penyelewengan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium