24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Dasar luar negara PKR sanggup melutut kepada negara asing

pkr-dasar-luar-negara-wong-cheng

Pembangkang terus’ double standard’ apabila bercakap soal politik.

Mereka  menghalalkan secara cara untuk mencapai matlamat dan laba politik malah ada masanya mereka ‘meludah’ kerajaan tetapi akhirnya tertimpa muka sendiri.

Inilah terjadi kepada Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Cheng apabila menuduh dasar luar Malaysia menjadi antara yang teruk di dunia sejak Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Wong dalam artikel oleh Sheith Khidhir Bin Abu Bakar dan K. Pragalath mengecam kepimpinan negara dan mengkritik  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kononnya didorong oleh pertimbangan politik dan geopolitik

Sebab itulah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengecam Cheng malah berpendapat Ahli Parlimen PKR itu pasti akan menyatakan fakta-fakta kejayaan dan pengiktirafan negara jika beliau jujur dalam tidak memutarbelit laporan PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) bahawa politik adalah motivasi perjanjian TPPA itu.

Bagi Anifah, pemimpin pembangkang itu hanya berhujah dengan bermotifkan bermotifkan kepentingan politik.

Malah kenyataan Cheng kata Anifah mencerminkan kecetekan pemahaman ahli parlimen pembangkang itu berhubung selok-belok dunia diplomasi dan perkembangan dasar luar negara selama ini.

Sekadar bertanya, bagaimana pula dengan dasar luar negara PKR selama ini?

Adakah parti yang dianggap milik keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengamalkan dasar luar negara yang membawa kebaikan kepada negara atau semata-mata untuk Anwar dan parti pembangkang?

Tentunya sebagai parti politik yang sejak dulu dalam mood ‘standby’ menuju dan mengambil alih Putrajaya mempunyai dasar luar negara yang jelas berdasarkan tindak tanduk Anwar dan pemimpin PKR lain.

Cheng patut menjawab apa tujuan Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua berhubung dengan keluarga Kesultanan Sulu yang berterusan menuntut Sabah.

Tidaklah ianya bertujuan mendapatkan campurtangan pihak luar bagi tujuan membebaskan Anwar yang kini merengkok di dalam penjara kerana kesalahan meliwat?

Dasar luar negara PKR juga seolah-olah macam bersedia melutut kepada Amerika Syarikat kerana menuntut campur tangan negara barat itu hanya untuk kepentingan manusia bernama Anwar termasuk membolehkan bekas ketua pembangkang itu dilantik menjadi Perdana Menteri.

Rakyat negara ini tentu masih ingat bagaimana isu-isu berkaitan Anwar sentiasa diadukan kepada Amerika Syarikat termasuk mengemukakan petisyen di laman web white House menuntut campur tangan negara itu terhadap perbicaraan kes liwatnya.

Begitu juga apabila Anwar mendakwa 40 ribu pekerja asing Bangladesh mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 lalu, akhirnya menjadi ‘lawak’ kerana ia jelas hanya rekayarsa pembangkang setelah gagal menawan Putrajaya.

Paling hebat apabila PKR meminta Amerika Syarikat menjadikan pembebasan Anwar sebagai tunggak utama dasar luar negara Amerika Syarikat.

Malah, apabila Barack Obama datang ke Malaysia, beberapa pemimpin pembangkang dan sekutu mengadu hal negara kepada seorang pemimpin asing.

Ini semua ‘dasar luar negara’ PKR yang amat memalukan.

Ia mendedahkan bahawa PKR mempunyai dasar luar negara yang merestui campur tangan Amerika syarikat dalam hal ehwal negara ini.

Jadi bayangkanlah apabila Cheng mendakwa dasar luar negara di bawah pimpinan Najib menjadi antara yang teruk di dunia sedangkan Perdana Menteri tidak melakukan apa yang PKR buat  seperti mendapatkan campur tangan pihak luar dalam menyelesaikan masalah negara.

Sebaliknya, dasar luar negara yang diamalkan sekarang membolehkan Malaysia menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai negara asing, Pengerusi ASEAN tahun lalu serta sokongan yang menggalakkan sekaligus membolehkan Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi 2015-2016.

Meminjam kata-kata  Anifah, pengiktirafan sedemikian tidak akan mungkin tercapai tanpa keupayaan kepimpinan semasa dan dasar luar semasa yang diamalkan.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan