24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Demonstrasi Perkembangan Tidak Sihat Kepada Sistem Demokrasi Negara – Dr Mahathir

Langkah pihak pembangkang mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan, yang dipilih rakyat menerusi proses pilihan raya, hanya akan menjejaskan keharmonian dan keamanan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tindakan menghalalkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini, merupakan perkembangan tidak sihat kepada sistem demokrasi negara, sekaligus menepati kehendak pihak asing yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Saya nampak ada pihak, termasuk (Mursyidul Am Pas Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) yang menghalalkan demonstrasi sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan. Nampak dia kurang percaya kepada sistem demokrasi yang mana kerajaan dipilih melalui undi tanpa keganasan.

“Sekarang demonstrasi dipilih sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan. Saya fikir perkembangan ini tidak sihat, apabila kita menyokong tindakan ganas, negara kita tidak akan aman,” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Negarawan bertajuk ‘Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti’ anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, pada Khamis.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Anwar yang mengakui beliau lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP sekiranya tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata ia bukanlah perkara baru.

“Dia (Anwar) memang kuda DAP dari awal, ini bukanlah perkara baru,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan