Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
28,400
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

Global

All countries
244,627,492
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
All countries
219,895,377
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
All countries
4,967,060
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

Dewan Pemuda PAS Pusat Sokong Penuh Nik Aziz Laksana Hudud

Dewan Pemuda PAS pusat pada Jumaat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu memperlihatkan sikap yang konsisten dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

“Saya kagum dan menyokong kenyataan Nik Aziz yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya.

“Sebetulnya ini adalah satu istiqamah (ketaatan) yang dituntut keatas semua pemimpin Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba (bagi mereka yang membesar-besarkan isu ini),” katanya.

Justeru, Narudin menyeru supaya perbahasan mengenai pelaksanaan hukum hudud di media massa segera dihentikan.

“Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan.

“Ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan fekah yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun,” katanya.

Jelas beliau lagi, perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, mahupun dialog yang dilakukan secara berterusan.

Namun begitu beliau turut mengaitkan kontroversi yang dibangkitkan mengenai pelaksanaan hudud ini ada kena mengena dengan pilihan raya umum.

“Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba – tiba isu pelaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu pelaksanaan hukum hudud maka ia menandakan musim pilihanraya semakin hampir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021