30 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

[Video] Dr Mahathir sokong cadangan Shafie Apdal calon PM

Mahathir sedang cuba menagih simpati dan mendapatkan sokongan dari Sabah dan Sarawak untuk meneruskan agenda yang belum selesai untuk keluarga dan kroni.Seleps ini mungkun Dr Mahathir akan berkata seorang pemimpin di Sarawak pula layak untuk jawatan Perdana Menteri.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata beliau menyokong penuh cadangan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP, agar presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata keputusan memilih Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah itu dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Amanah, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).
ADVERTISEMENT

Menurutnya dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

“Di dalam perbincangan itu, saya terbuka kepada apa juga cadangan, termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

“Kami sebulat suara bersetuju Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan secara tidak formal itu turut dihadiri Mukhriz dan Mohd Shafie sendiri, serta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,

Dr Mahathir berkata beliau percaya sekiranya langkah itu berjaya, ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng berkata Amanah dan DAP mengambil maklum kenyataan Dr Mahathir selepas pertemuan tidak rasmi tiga hari lepas, serta cadangan untuk menamakan Mohd Shafie sebagai calon baharu Perdana Menteri jika pembangkang dapat menguasai kembali Putrajaya.

Mereka berkata Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu pilihan baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Bagaimanapun cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama, kata kedua-dua pimimpin itu.

Sebelum ini Amanah dan DAP telah meminta supaya Dr Mahathir dan Anwar mencari jalan penyelesaian dan kata sepakat berhubung calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Ia susulan kenyataan PKR, yakni satu lagi komponen dalam PH, yang menyatakan pendirian teguh menolak Dr Mahathir sebagai pilihan pihak pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya mereka kembali diberi kuasa meneraju negara.

PH mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi pilihan raya ke-14 pada Mei 2018, namun Februari lepas Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PH meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh selepas PH kehilangan majoriti dalam parlimen Februari lepas.

Ia berlaku selepas parti pimpinannya, Bersatu, serta satu kumpulan dari parti PKR bertindak keluar dari gabungan PH, dan Dr Mahathir kemudiannya meletak jawatan sebagai pengerusi parti Bersatu.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya bersama dengan Barisan Nasional yang diterajui Umno, PAS dan beberapa pihak, menubuhkan kerajaan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Muhyiddin kemudiannya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia kelapan pada 1 Mac.

Sementara itu Mohd Shafie buat masa ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pencalonannya sebagai Perdana Menteri oleh kumpulan pemimpin pembangkang berkenaan.

Terdahulu Ketua Penerangan Warisan Datuk Dr Yusof Yacob dalam satu kenyataan berkata cadangan mencalonkan Mohd Shafie sebagai perdana menteri harus disambut baik oleh rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Sudah tiba masanya pemimpin negeri-negeri ini diberi ruang, kerana selama ini Sabah dan Sarawak sangat banyak membantu membangunkan negara dari (aspek) minyak serta gas,” katanya. — Bernama






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan