Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad bakal membuka dua laluan percubaan perkhidmatan komuternya mulai 15 Disember ini.
Laluan percubaan itu adalah laluan Tanjung Malim/Rawang ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Seremban/Gemas.
Dalam satu kenyataan oleh KTM Berhad hari ini, pelaksanaan laluan ini adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi projek Peningkatan Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang akan bermula pada April 2016.
“Projek di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan memastikan kemampanan tahap perkhidmatan KTM Komuter sebagai pilihan mobiliti di Lembah Klang,” katanya.
Kenyataan itu juga menyatakan pelaksanaan laluan percubaan ini juga telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan dilaksanakan selama enam bulan bagi melihat impak terhadap perkhidmatan tren aliran penumpang KTM di sektor KVDT.
Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember https://t.co/U9s1nFHpc3 https://t.co/h06PnmWzqV
Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad bakal membuka dua laluan… https://t.co/C9VTvZkez2
Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember https://t.co/2Ufa6HqJFW
Megat Kuncoro Alisastro liked this on Facebook.
Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad bakal membuka dua laluan… https://t.co/JTcAhaacV6
Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember https://t.co/3DtlVizzHD
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.