Dua lelaki ditahan bertindak ala samseng bakar mercun tengah jalan

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki bertindak ala samseng dengan menghalang lalu lintas dan membakar mercun di Bulatan Simpang Lima di sini Ahad lalu membawa padah dengan dua daripadanya ditahan petang semalam.

Kedua-dua lelaki masing-masing berumur 20 dan 22 tahun itu ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar daerah ini antara pukul 1.45 hingga 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan mereka hasil daripada penularan sebuah video di laman sosial Facebook sejak semalam berkaitan perbuatan mereka itu.

Katanya, siasatan mendapati perbuatan tersebut disyaki dilakukan ketika upacara pembakaran mayat seorang lelaki yang meninggal dunia akibat sakit jantung pukul 5.30 petang, Ahad lalu.

“Soal-siasat terhadap kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripadanya mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan curi motosikal.

“Perbuatan mereka juga tidak didalangi atau melibatkan kumpulan kongsi gelap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dilakukan dengan pihaknya bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957 dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Terdahulu, dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu memaparkan beberapa lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30-an menaiki motosikal menghalang lalulintas manakala seorang sedang bermain mercun di tengah jalan.

Klip video berkenaan juga telah ditonton hampir 15,000 pengguna media sosial dan turut mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

LIHAT video:
https://youtu.be/E8-ENrigw0M

BACA juga:

Leave a Reply