‘Duit syiling je?’ Kanak-kanak selamba buang sampul raya

Jangan bergurau dengan kanak-kanak dalam hal duit raya atau sekadar memberi seringgit dan syiling kerana mereka mungkin membuat protes depan-depan anda.

Itu yang berlaku terhadap seorang lelaki, pemilik akaun Twitter MerchantofMilan, yang menguji kanak-kanak dengan turut meletakkan syiling dalam sampul duit raya.

“Aku bagi duit raya dalam sampul. Sajalah letak duit syiling sekali duit kertas. Tapi ada budak ni, lepas dapat, dia cakap ‘duit syiling je?’ Cakap terima kasih pun tak,” tulisnya kelmarin.

“Aku perhati dia jalan balik. Dia jatuhkan sampul tu tengah jalan. Kecil hati aku. Bukannya nak buka dulu tengok.”

Menasihati orang lain tidak membuat gurauan seperti dirinya, beliau kesal kerana kanak-kanak itu langsung membuka sampul yang sebenarnya mengandungi nota kertas RM10 dan beberapa syiling.

Hantaran yang disertai dengan gambar dikongsi lebih 28,000 kali dan disukai 18,800 pengguna lain. Beberapa penguna akaun Twitter juga berkongsi pengalaman mereka menerima rungutan kanak-kanak terhadap jumlah duit raya.

https://twitter.com/MerchantofMilan/status/1136554565510127616?s=19

https://twitter.com/MerchantofMilan/status/1136554589778399232?s=19

3 COMMENTS

  1. Akak ada pengalaman tentang duit raya ni yg masih diingati walaupun dah hampir 25 tahun yg lalu kejadianni.Thn tu bonus hanya dpt rm400 yg terpaksa digunakan utk membaiki tingkap yg diserang anai2. Jd duit raya utk budak2 yg dtg nilainye x sampai rm1 tetapi disertai oleh gula2 dan coklat.
    Salah sorang drp anak jiran yg dtg merungut dpn2 akak.
    ” Rumah makcik ni besar, kereta ada 2, tapi kedekut. Bagi duit raya banyak ini je” Adoi.. Terpempan akak dibuatnye.
    Sekrg ni bila terkenang peristiwa itu, kesian juga pd budak2 yg kdg2 berpeluh bdn mrk dtg dari rumah ke rumah utk cari duit raya. Gula2 dan coklat tidak sama dgn duit raya rupanye pd kanak2.

Comments are closed.