31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Elak Amalan Korban Jadi Sambutan Untuk Bermegah, Titah Raja Nazrin

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengelak amalan korban pada Hari Raya Aidiladha daripada tergelincir menjadi sambutan untuk bermegah, dipuji atau mengharapkan penghormatan orang ramai.

Baginda bertitah dalam era yang semakin bersifat materialistik, ada kala aktiviti kebajikan lebih bersifat luaran dan ia dilakukan untuk mendapat pengiktirafan duniawi sehingga memungkinkan berkembangnya sifat riak.

“Ada pula melakukan aktiviti berwajah kebajikan secara tersurat tetapi secara tersirat berniat dijadikan umpan di mata kail untuk mendapatkan sesuatu keuntungan, malah aktiviti kebajikan ada kalanya dijadikan topeng untuk melindungi perbuatan rasuah.

“Berhati-hatilah dengan aktiviti kebajikan bersifat kosmetik dan dengan niat yang serong supaya di kalangan mereka yang memiliki kuasa tidak dilihat sama-sama bersubahat membenarkan perbuatan rasuah,” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIP) ke-181 di sini, pada Selasa.

Raja Nazrin, yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, bertitah ibadah korban perlu dilaksanakan seikhlas mungkin dengan jiwa yang reda.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan