27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Hamilton Juara, Mercedes AMG Petronas Tawan Litar Sepang

Lewis Hamilton
Lewis Hamilton

Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mencatat rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia buat kali pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Hamilton mendahului barisan pelumba sejak perlumbaan bermula mencatat masa terpantas 1jam40:25.974s.

Rakan sepasukannya, Nico Rosberg yang juga juara GP Australia baru-baru ini berada di tempat kedua sekaligus menyaksikan pasukan Mercedes mendominasi perlumbaan edisi ke-16 tahun ini.

Ketika pasukan lain masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan penggunaan enjin baharu tahun ini, Mercedes tampil menguasai perlumbaan buat kali kedua berturut-turut.

Kali terakhir Hamilton  meraih kedudukan terbaik di Malaysia pada edisi 2007 bersama McLaren di tempat kedua.

Manakala aksi  pertamanya bersama  Mercedes tahun lalu, Hamilton tidak mengecewakan dengan  meraih podium berada di tempat ketiga.

Sementara itu, juara  dunia empat kali, Sebastian Vettel dari pasukan Infiniti Red Bull terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas gagal memintas Rosberg sejak awal perlumbaan.


Juara GP Malaysia, 2005,2007 dan 2012, Fernando Alonso (Scuderia Ferrari) berada di tempat keempat, di depan pelumba Sahara Force India, Nico Hulkenberg.

Selain  itu, pelumba Sahara Force India Sergio Perez menjadi pemandu pertama yang menarik diri dari perlumbaan diikuti Pastor Maldonado (Lotus F1), Jules Bianchi (Marussia), Jean -Eric Vergene (Scuderia Toro Rosso), Esteben Gutierrez (Sauber), Daniel Ricciardo ( Red Bull) dan Adrian Sutil (Sauber).

Sebelum perlumbaan berlangsung, tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed  Nazri Abdul Aziz,  Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Mahathir,  Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua  Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Razali, semua pelumba dan pengunjung bertafakur selama satu minit bagi mengingati  insiden MH370.

Keputusan penuh perlumbaan GP Malaysia 2014:

1. Lewis Hamilton – Mercedes (1jam 40: 25.974s)

2. Nico Rosberg – Mercedes (1j 40:43.287s)

3. Sebastian Vettel – Red Bull Racing-Renault (1j 40:50.508s)

4. Fernando Alonso – Ferrari (1j 41:01.966)

5. Nico Hulkenberg – Force India-Mercedes (1j 41:13.173)

6. Jenson Button – McLaren-Mercedes (1j 41:49.665)


7. Felipe Massa Williams – Mercedes (1j 41:51.050)

8. Valtteri Bottas – Williams-Mercedes (1j 41:51.511)

9. Kevin Magnussen – McLaren-Mercedes (1j 40:28.365)

10. Daniil Kvyat – STR-Renault (1j 40:55.334)

11. Romain Grosjean – Lotus-Renault (1j 40:57.536)

12. Kimi Räikkönen – Ferrari (1j 40:57.674)

13. Kamui Kobayashi – Caterham-Renault (1j 41:37.748)

14. Marcus Ericsson – Caterham-Renault (1j 40:37.511)

15. Max Chilton – Marussia-Ferrari (1j 40:37.641)

Tarik diri:


1. Daniel Ricciardo – Red Bull Racing-Renault

2. Esteban Gutierrez – Sauber-Ferrari

3. Adrian Sutil Sauber – Ferrari

4. Jean-Eric Vergne – STR-Renault

5. Jules Bianchi – Marussia-Ferrari

6. Pastor Maldonado – Lotus-Renault

7. Sergio Perez – Force India-Mercedes

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...