Hanya seorang EXCO Kedah hadir mesyuarat - pakdin.my

hanya seorang exco kedah hadir

ALOR SETAR: Sehingga jam 10.20 pagi ini, hanya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilihat tiba di pekarangan Wisma Darul Aman bagi menghadiri mesyuarat kerajaan negeri, yang dijadualkan pada jam 10 pagi, hari ini.

EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan, Datuk Aminuddin Omar, tiba di pekarangan wisma negeri itu, kira-kira jam 10.15 pagi.

Terdahulu, tepat jam 10 pagi, kenderaan yang membawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tiba di premis berkenaan.

Kenderaan rasmi Menteri Besar sehingga kini tidak kelihatan, walaupun beberapa pegawainya malam tadi mengesahkan mesyuarat kerajaan negeri akan berlangsung pagi ini.

Selain itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan wisma negeri.

UTAMAPOLITIKHanya seorang EXCO Kedah hadir mesyuarat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium