Harga ikan kembong naik musim tengkujuh pun salah kerajaan @NajibRazak - pakdin.my

wpid-IMG-20140109-WA0014.jpg

“Tidak lojiknya, misalnya, kalau musim tengkujuh harga ikan kembong naik sebab nelayan tak ke laut…itu bukan salah kerajaan. Janganlah pulak kata ikan kembong naik (harga) kerajaan salah”

“Kalau laut bergelora, nelayan tak keluar ke laut..ikan naik harga bukan salah kerajaan”…itu antara ungkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang sikap sesetengah pihak yang sering cuba menyalahkan kerajaan bila sesuatu barangan naik harga.

Katanya lagi, “kalau sayur kobis yang diimport dari negara China…musim sejuk cuaca buruk, bekalan kurang…harga kobis naik…janganlah harga kobis naik kerajaan yang salah.”

Perdana Menteri menyeru rakyat berfikir samada ianya patut kerajaan dipersalahkan atau sebaliknya dan bahawa bukan semua kenaikan harga ini adalah punca daripada keputusan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya yang bernilai RM87 juta dan disiapkan dalam masa 30 bulan di Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang, petang Khamis.

Beliau juga membidas sesetengah pihak menaikkan harga barang yang tidak berpatutan berbanding dengan kenaikkan kos perkhidmatan malah lebih teruk lagi mereka menyalahkan dan menuduh kerajaan yang menjadi puncanya.

Selaku pemimpin, Najib berkata, “saya terangkan perkara ini supaya kita mesti bersikap waras dan rasional, jangan kita beremosi, fahamlah ‘track record’ kerajaan dalam pembinaan rakyat, kita mempunyai ‘track record’ yang sangat baik dalam sial memperjuangkan untung nasib rakyat.”

Sebelum itu Najib juga memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi membuat keputusan tentang kenaikkan tol bagi tahun ini dan keputusan hanya dibuat setelah perbincangan makmal dilakukan secara mendalam untuk melihat cara-cara mengurangkan beban kepada pengguna lebuhraya.

“Tunggulah masanya dan janganlah kita fikir macam-macam terhadap kerajaan seolah-olah kerajaan tidak sensitif kepada kepentingan rakyat,” kata Perdana Menteri.

Mengenai pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Najib memberitahu beliau berasa amat gembira kerana pada hari ini tercatat satu lagi sejarah di mana projek yang dijanjikan oleh kerajaan telah dapat disempurnakan untuk kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri mengimbau lawatannya pada 23 April 2010 ke Sungai Buaya, beliau mendengar rintihan dan keluhan daripada masyarakat serta penduduk di sini bahawa selama 20 tahun telah merayu supaya sebuah ‘interchange’ dapat dibina oleh kerajaan.

“Maka dalam majlis tersebut saya bagi pihak kerajaan persekutuan telah membuat akujanji kepada masyarakat di sini bahawa sebuah persimpangan bertingkat akan dibina di Sungai Buaya ini,” kata Najib yang disambut tepukan hampir 10,000 orang hadirin di majlis itu.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Fadhilah Yusof, Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Najib berkata, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan yang cukup berat terhadap apa juga projek dan program yang boleh dilaksanakan lebih-lebih lagi projek infrastruktur seperti persimpangan bertingkat yang memberi akses kepada lebuhraya.

Beliau menyifatkan projek tersebut bukan sahaja memberi galakkan kepada penduduk setempat tetapi untuk menarik pelbagai jenis komersial dan juga pembukaan kilang-kilang tertentu di kawasan tersebut.

Najib juga memberitahu sehingga tahun 2013, kerajaan telah membina 17,550 kilometer jalan persekutuan dan lebuhraya, 1800 kilometer menyambung bekalan air bersih kepada hampir 300,000 rumah, menyambung bekalan letrik kepada 95,300 buah rumah dan memasang talian komunikasi di kawasan pendalaman dan luar bandar.

Kata Najib, masa akan datang kerajaan akan terus memberikan komitmen dengan memperbanyakkan lorong dan susur keluar lebuhraya utara selatan, membina 2,300 kilometer lebuhraya Pan-Borneo dan menyambung lebuhraya pantai timur dari Kuala Krai – Kota Bharu, Gambang – Segamat, membina lebuhraya pantai barat baharu dari Banting – Taiping serta menambahbaik dan mempertingkatkan struktur asas yang lain.

Menurut Perdana Menteri, setakat sekarang 29 lebuhraya sedang beroperasi, sebahagian besar kos pembangunan lebuhraya adalah menggunakan dana syarikat swasta yang diperolehi melalui pinjaman komersial dan pelaburan ekuiti daripada pemegang saham syarikat.

Perdana Menteri turut mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak mengenakan kadar tol yang sama selama 30 tahun atau sepanjang tempoh konsesi yang menurutnya tidak masuk akal.

“Kalau kita buat macam ini kadar tol pada hari pertama mungkin tinggi.

“Sebaliknya kita kenakan tol rendah pada permulaan dan naikkan ikut kemampuan rakyat dari semasa ke semasa dan kita juga cuba perseimbang dengan pihak yang bina lebuh raya,” katanya.

Najib turut menjelaskan langkah kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan untuk membina lebuh raya di negara ini sebaliknya melantik syarikat konsesi bagi memastikan wang tersebut diguna untuk pembangunan lain seperti sekolah dan hospital.

“Kita andaikan kalau lebuh raya itu kos pembangunan katalah RM5 bilion, maka kalau terpaksa bina 30 lebuh raya maka kita terpaksa keluarkan dana kerajaan sebanyak RM150 bilion.

“Jika kita keluarkan wang sejumlah itu maka amat sukar untuk kita bina projek lain yang tak mungkin dapat pinjaman daripada institusi kewangan seperti sekolah, hospital dan balai polis,” kata Perdana Menteri.

Menjelas lanjut, beliau berkata sekiranya pembinaan lebuh raya tidak diserahkan kepada syarikat konsesi yang memiliki dana komersil sendiri, sudah pasti rakyat perlu menunggu untuk tempoh yang lama bagi menikmati kemudahan itu.

“Inilah hakikat yang kita terpaksa faham. Ada projek yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan dan ada juga projek yang boleh dibiayai dengan dana komersil,” katanya.

UTAMAPOLITIKHarga ikan kembong naik musim tengkujuh pun salah kerajaan @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium