25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

HARGA PETROL: LEBIH MURAH DARIPADA BRUNEI DAN VENEZUELA, APA LAGI RAFIZI MAHU

Siapa sangka sebelum ini bahawa ini akan berlaku?

Berdasarkan harga minyak global, dengan penurunan harga petrol hari ini kepada RM1.60 seliter, menjadikannya lebih murah daripada Brunei – mungkin buat kali pertama dalam beberapa dekad.

Malah, Malaysia berada dikedudukan keenam paling murah di dunia hari ini jika negara-negara lain tidak menyelaraskan harga minyak mereka.

Tetapi tidak pasti pula semurah mana harga petrol yang diharapkan boleh memuaskan hati Rafizi dan puak pembangkang.

Berdasarkan teori Lapijinomics, harga roti canai dan teh-tarik akan turun hari ini.

Marilah kita sama-sama melihat harga di kedai mamak besok.

Ini menunjukkan Malaysia tidak lagi mengenakan cukai petrol seperti yang dilaksanakan oleh Mahathir pada tahun 80-an, 90-an dan awal 2000-an.

Bagaimanapun, jika trend ini berterusan, Kerajaan perlu memastikan penguatkuasa sempadan sekitar sempadan Brunei-Sarawak untuk berhati-hati dengan pemandu Brunei yang datang ke sini untuk mengambil kesempatan daripada harga minyak yang murah – juga di sempadan Johor dan Singapura.

http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/

Berdasarkan zombie-teori, mereka akan mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh konspirasi kerajaan untuk mengalihkan isu Mahathir isytihar keluar dari UMNO (yang sebenarnya bukan isu besar sekarang ini dan tidak mendapat perhatian) atau dikaitkan dengan pilihan raya Negeri Sarawak.

Tetapi sebenarnya, ia adalah kerana Kerajaan kini menetapkan harga mengikut harga pasaran dunia dan berdasarkan kadar pertukaran Ringgit yang mengukuh. Kerajaan tidak mengenakan cukai atau meletakkan harga lantai terhadap harga minyak.

Pada pandangan saya, Kerajaan patut mengenakan cukai minyak sekarang untuk memungut dana bagi membantu mengimbangi harga petrol keparas rendah apabila suatu hari nanti pasti akan meningkat dan juga untuk mengelak harga petrol yang begitu murah akan menggalakkan pembaziran dan penyeludupan.

Berita Berkaitan

Komen

    • Tgk singapore cukup. Ade kisah ke minyak naik turun. Dia tetap sesah duit rakyat dia. Rakyat dia bole ke meroyan mcm macai pembangkang skrang . Huh. Mcm tu la nnt bila dapig perintah msia ni. Org melayu semua jd balaci je. Pas pon kene game dgn dapig ni. Rentikan je la.

    • Aku nk pas yg memerintah malaysia bkn dap,umno memerintah pon melayu masih balaci lg..kita tengok pru 14 ni,bangla boleh undi umno,org melayu jdi balaci bangla plk…

    • Ko ingat pas bole mng ke. Sabah sarawak. Hmm jgn mimpi bole x. Org melayu x de pilihan. Melayu berpecah je. Dapig naik la. Kat semenanjung mereka da mng tinggal sabah sarawak je. Akai ada

    • Insyaallah,Allah bersama kami perjuangkan pas..demi menengakkan hukum Allah,..siapa yg menghalang jawablah bila mati kelak,subhanallah.. Allah maha kuasa yg menguasai hari pembalasan..

    • Knp x hentam dapig yg kontrol ekonomi suh turunkan harga barang. Minyak naik sebab salah najib minyak turun pandai plak kate harga pasaran turun. Nampak sgt jd barua dapig

    • Ko mkn dedak lebih ker ari ni… dah org yg ko puja sgt tu pandai2 mansuhkan subsidi dan guna sistem apungan ikot harga pasaran semasa..bila minyak turun harga kena la turun.. esok2 naik harga kat sini pon naik la..x kan idola ko x terangkan kot… nah dedak lg skit baru boleh paham..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.