Haziq Aziz mahu ke Manila, kata pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR — Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet, dijadual berlepas ke Manila, berdasarkan tiket penerbangannya, sebelum ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq Abdullah, 27, ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang semalam (15 Jun 2019).

Huzir berkata Haziq Abdullah, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditahan pada jam kira-kira 6 petang oleh sepasukan pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi membantu siasatan polis.

“Haziq Abdullah disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menjual buku-buku berkaitan lucah dan sebagainya, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya. — Bernama

https://pakdin.my/tag/bersemburit

5 KOMEN

  1. Haziq nak ke Manila. Di sana adalah tempat selamat beliau kerana seseorang yg rapat dgn Manila mempunyai akses dan kemudahan di situ. Drpd sini kita boleh buat telahan siapa di belakang Haziq

Comments are closed.