Imam Dapat Gaji, Paderi Juga Harus Dapat Peruntukan Yang Sama – Timbalan Ketua Menteri Sabah

Imam Dapat Gaji, Paderi Juga Harus Dapat Peruntukan Yang Sama – Timbalan Ketua Menteri Sabah

Kongsi:

#MalaysiaMemilih #FaktaBukanAuta

Kerajaan Negeri Sabah, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal tempatan, merancang untuk memberikan pembayaran gaji kepada golongan paderi dan pastor di atas sumbangan kerja-kerja yang mereka lakukan.

Ia sebahagian dari polisi untuk membantu semua komuniti agama di dalam negeri tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri, Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata demikian setelah pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang mahu imam-imam di negeri tersebut diberikan gaji.

Wilfred Madius Tangau, menyatakan, bahawa cadangan ini dibuat berikutan cadangan pemberian gaji kepada imam-imam sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Wilfred Tangau, ketika diminta untuk memberikan komen berkenaan peruntukan lebih RM 30 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini kepada badan-badan bukan Islam, beliau menjelaskan beliau belum membincangkan perkara tersebut disebabkan beliau sedang memberi fokus kepada isu gaji dan perkara-perkara penting lain.

Wilfred Tangau juga membangkit beberapa isu yang akan dibawa kepada perhatian pihaknya terutamanya berkenaan isu Jabatan Pendaftaran Negara yang mengklasifikasikan secara salah orang Kristian sebagai “Muslim”.

Begitu juga dengan isu cukai ke atas gereja termasuk pengkhutbah-pengkhutbah gereja yang diklasifikasikan sebagai artis, di mana mereka ini turut dikenakan cukai.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan isu tersebut kebanyakannya merupakan isu Kerajaan Persekutuan.

Isu kalimah Allah bagi penggunaan orang Kristian, juga berkemungkinan termasuk isu yang bakal dibangkitkan.

Sebelum ini, The Star melaporkan pengumuman dari Ketua Menteri Sabah, bahawa kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah ibadah bukan Islam di dalam negeri tersebut.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/26/shafie-apdal-pledge-for-more-non-muslim-places-of-worship-in-sabah-will-be-fulfilled/

Jumlah penduduk Islam Sabah bersamaan 65.4% dan jumlah pendudukan Kristian ialah bersamaan 26.6%. Ia menurut laporan Jabatan Perangkaaan Negeri Sabah tahun 2015. http://www.malaysiaeconomy.net/download/18072016_1.pdf



Lihat video: https://youtu.be/nxC77yZa3nA

http://pakdin.my/tag/kristian

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

24 Replies to “Imam Dapat Gaji, Paderi Juga Harus Dapat Peruntukan Yang Sama – Timbalan Ketua Menteri Sabah

  1. inilah puak puak celaka UMNO AMOGO dan PAS suka main isu agama yang sangat sensitif, pada masyarakat Sabah Sarawak yang beragama Kristian,
    Bodoh isu yang segaja main kan yang boleh menyebabkan pergaduhan masyarakat yang Bukan beragama Islam dan masyarakat islam di Sabah dan Sarawak,
    ????????

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.