25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Indonesia ambil tindakan guaman WTO terhadap EU berhubung minyak sawit – Malaysia setakat gertak sahaja

JAKARTA: Indonesia memfailkan tindakan guaman Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Kesatuan Eropah (EU) berhubung rancangan untuk secara bertahap-tahap menghentikan penggunaan bahan bakar bio berasaskan minyak sawit untuk kereta, menurut kementerian perdagangan.

Tindakan itu boleh mengeruhkan pertikaian dagangan antara Indonesia – pengeluar utama dunia bagi minyak kelapa sawit – dengan EU, yang bercadang menamatkan penggunaan bahan bakar itu menjelang 2030 ekoran penghapusan hutan yang disebabkan sektor itu.

EU sebelum itu mengenakan cukai ke atas import bahan bakar bio yang bersubsidi dari Indonesia, sambil menyatakan ia perlu menyamaratakan persaingan dengan pengeluar tempatan.

Sebagai respons kepada dasar yang dipanggil bersifat “diskriminasi” terhadap pengeluar utama minyak kelapa sawit, Indonesia mengumumkan pihaknya telah memfailkan aduan kepada WTO minggu lalu.

“Indonesia secara rasmi mengemukakan tuntutan bagi perundingan pada 9 Disember 2019 terhadap EU sebagai langkah pertama tindakan guaman itu,” kata Menteri Perdagangan Agus Suparmanto dalam satu kenyataan pada Ahad (15 Dis).

Negara jiran, Malaysia, pengeluar nombor dua minyak kelapa sawit, juga menggertak akan mengambil tindakan WTO ke atas EU.

Teresa Kok, menteri bertanggungjawab bagi sektor minyak kelapa sawit Malaysia, memberitahu AFP pada Isnin beliau akan ke Eropah pada Mac dan tindakan guaman tidak akan difailkan sebelum itu.

Beliau berkata beliau ingin cuba meyakinkan para pegawai Eropah untuk menukar keputusan semasa lawatannya nanti.

Minyak kelapa sawit adalah minyak sayuran yang digunakan secara paling meluas di dunia dan merupakan bahan utama dalam pelbagai jenis produk daripada makanan hingga solekan.

Namun para penggiat alam sekitar mendakwa ia adalah punca penghapusan hutan, dengan kawasan luas hutan hujan di Asia Tenggara ditebang dalam tempoh beberapa dekad lalu untuk memberi laluan kepada ladang-ladang sawit.

Iman Pambagyo, ketua pengarah rundingan perdagangan antarabangsa Indonesia, berkata negaranya sebelum ini sudah mencuba jalan dua hala lain untuk mencapai persetujuan namun gagal.

“Kami perlu menegaskan pendirian Indonesia terhadap dasar EU,” kata Encik Pambagyo, merujuk kepada aduan WTO. Beliau menambah beliau mengharapkan satu “huraian terbaik”.

– AFP/TQ/tq






Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan