Inspektor S. Hare Krishnan Hadapi Tuduhan Membunuh Tahanan N. Dhamendran (video) - pakdin.my

Inspektor-S-Hare-Krishnan

Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, seorang pegawai polis didakwa atas tuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N.Dhamendran, 21 Mei lalu.

Tertuduh, Inspektor S. Hare Krishnan menyerah diri semalam selepas diburu sejak 15 Jun lalu.

Tertuduh adalah individu keempat yang dituduh membunuh Dhamendran.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Inspektor Hare Krishnan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya, S.Nithia kemudian memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima laporan penuh hasil bedah siasat.

2 Ogos depan ditetapkan majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor untuk sebutan kes bersama tiga tertuduh lain.

 

UTAMABERITAInspektor S. Hare Krishnan Hadapi Tuduhan Membunuh Tahanan N. Dhamendran (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium