30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Jambatan Gantung Di Bali Runtuh Akibat Lebih Muatan, Lebih 10 Dipercayai Maut

https://youtu.be/EL2BavcI_ZA

JAKARTA: Sebuah jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Kuning di Bali runtuh pada Ahad malam dan lebih 10 orang dipercayai maut manakala 30 orang disahkan cedera parah.

Jambatan yang menjadi satu daripada daya tarikan pelancong itu menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida iaitu pulau-pulau kecil di sekitar Bali.

Media-media dalam talian memetik Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, jambatan gantung itu terputus akibat lebih muatan kerana ramai penduduk sibuk melintasi jambatan pada waktu itu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, ramai penduduk sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti laut.

Jambatan sepanjang 150 meter dengan kelebaran 1.5 meter itu berada pada ketinggian kira-kira lima meter dari perairan laut yang memisahkan dua pulau berkenaan dan ketika kejadian, air laut dilaporkan surut.

Sutopo berkata setakat ini, sebanyak sembilan mayat telah ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap dan disambung semula 6 pagi Isnin.

Katanya, sebanyak 34 mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampiran.

“Berdasarkan laporan awal, semua korban adalah masyarakat tempatan, tidak ada warga asing,” katanya.

Titi kayu jambatan yang dibina pada tahun 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenai kerosakan itu.

Seorang saksi berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 orang sedang melintasi jambatan itu dan ia dilihat bergoyang-goyang sebelum kabel penggantungnya terputus.

“Ramai yang terjatuh ke dalam laut termasuk kanak-kanak dan ada juga yang sempat berenang dan terselamat,” katanya.

 20161017-jambatan-gantung-bali-runtuh

Berita Berkaitan

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah...

Pakistan sasar penanaman ganja ‘hemp’ untuk pasaran global

ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan...

Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut. Perdana Menteri, Jeneral...

Thailand promosi ganja sebagai tumbuhan ekonomi baharu

BANGKOK: Thailand mahu mempromosikan 'hemp' (spesies ganja) sebagai tumbuhan ekonomi baharu, dengan sokongan bagi...

[Video] 2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan