Jangan Politikkan Isu Pembelian Bas ‘Amphicoach’ Yang Di Jangka Tiba Pada Mei Tahun 2015 – MB

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

Amphicoach dijangka diterima oleh kerajaan Terengganu pada Mei tahun 2015
Amphicoach dijangka diterima oleh kerajaan Terengganu pada Mei tahun 2015

KUALA TERENGGANU: Isu pembelian bas amfibia ‘amphicoach’ yang boleh bergerak di darat dan air oleh kerajaan negeri Terengganu tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dimahukan.

“Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro untuk sebuah amphicoach.

“Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran di laman sosial tentang kenderaan itu yang masih tidak kelihatan dalam musim banjir ini.

Katanya mengikut perancangan, selain untuk tujuan pelancongan di Tasik Kenyir, kenderaan amfibia itu juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya pengangkutan darat tidak dapat digunakan kerana laluan dinaiki air.

amphicoach-terengganu-mei-2015
http://web6.bernama.com/bernama//v3/bm/news_lite.php?id=1027518

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.

“Spesifikasi yang kita mahukan ialah boleh memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam,” katanya.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

Ketika musim tengkujuh pula, ia akan digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat.

BACA juga:

Leave a Reply