Jangan salah pilih… PRN Melaka bukan makmal ujikaji eksperimen politik – Ahmad Maslan #pakdin.my

MELAKA  – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan rakyat tempatan khususnya para pengundi agar jangan tersilap pangkah dalam menentukan kerajaan negeri kerana natijahnya akan berlaku ketidakstabilan.

Ujarnya, tema kempen Barisan Nasional (BN) dalam PRN ialah ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang menjadi ingatan penting bahawa politik yang stabil akan memakmurkan rakyat dan negeri.

“PRN Melaka bukan makmal uji kaji untuk buat eksperimen politik. Jika tersilap pangkah maka berlaku ketidakstabilan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian menegaskan bahawa kesilapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 beri kesan negatif yang sangat tinggi kepada kehidupan rakyat.

“Paling penting ialah stabil dan makmur. Jangan salah pilih lagi. Calon-calon BN walau 24 daripada 28 orang adalah muka baharu tetapi mereka sudah lama dalam politik dengan pelbagai pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berkunjung ke Pusat Media PRN Melaka hari ini.

Dilaporkan, PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. SPR menetapkan tarikh mengundi pada 20 November dan undi awal pada 16 November berikutan

Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Berkaitan