Jenazah Mangsa Kemalangan Ngeri Di MRR2 Selamat Dikebumi - pakdin.my

Kemalangan_19_mei_2013_di_MRR2

Jenazah sepasang suami isteri serta dua sepupu mereka yang maut dalam kemalangan di lebuhraya MRR2 berhampiran Bukit Antarabangsa 2 hari lalu selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah dikebumikan tanah perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.30 malam.

Hasbullah Abdul Ghani, 26 tahun dan isterinya Nurul Intan Syahida, 22 tahun dikembumikan berhampiran jenazah sepupunya Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28 tahun dan Asma Ismail, 22 tahun selepas solat isyak.

Kemalangan ngeri Ahad lalu dikatakan berpunca daripada kenderaan Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa merempuh pembahagi jalan.

Kereta berkenaan dipercayai mengalami masalah brek kemudianya melanggar Perodua Viva yang dinaiki empat mangsa.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke rumah abang Tengku Ahmad Faiz di Bukit Antarabangsa untuk makan malam.

Berikutan kejadian itu polis menahan pemandu Proton Satria, berusia 65 tahun di tempat kejadian namun dibebaskan kemudiannya.

 

UTAMABERITAJenazah Mangsa Kemalangan Ngeri Di MRR2 Selamat Dikebumi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium