‘Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang’ – Dewan Rakyat panas

Dewan Rakyat hari ini “panas” apabila ahli parlimen pembangkang menimbulkan kenyataan kontroversi “perisytiharan perang” Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengingatkan semua ahli parlimen agar tidak mengapi-apikan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Mohamad Ariff memberi peringatan itu susulan kekeceohan ketika Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berbahas dan menyentuh tentang kenyataan asal Lim yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno merupakan “pengisytiharan perang” terhadap bukan Islam.

“Peraturan mesyuarat juga sebutkan jangan bangkitkan isu-isu yang menimbulkan perasaan jahat antara kaum.

“Jadi memadai jika sesuatu sudah kita sebut, tak perlu disokong atau diapi-apikan,” kata Mohamad Ariff.

Rabu lalu, Lim mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina menggesa MCA meninggalkan BN kerana menurutnya, Umno dan PAS “mengisytiharkan perang” terhadap golongan bukan Islam.

Selepas kenyataan itu dilapor media, Lim membuat pembetulan dengan mengeluarkan istilah “pengisytiharan perang” dan menggantikannya dengan perkataan “menyasarkan”.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri mempersoalkan sama ada kenyataan asal Lim boleh dianggap provokasi ke atas masyarakat bukan Islam untuk “mengisytiharkan perang” terhadap masyarakat Islam di Malaysia.

“Adakah ia (kenyataan Lim) merupakan provokasi kepada bukan kaum Melayu untuk isytihar perang kepada orang Melayu di negara kita?

“Ini merupakan satu provokasi yang amat serius. Kalau provokasi ini diambil oleh pihak bukan Melayu dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap orang Melayu, bermakna tentu saja akan berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini seperti 13 Mei 1969,” kata ahli parlimen Bera itu.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata: “Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang”.

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kemudian bertanya ahli parlimen mana yang membuat kenyataan itu, yang membuatkan Takiyuddin tampil dan mengulang sekali lagi: “Saya cakap, kalau ada isytihar perang, kita sambut perang”.

Pemimpin PH kemudian menyatakan bantahan dengan kenyataan itu, sebelum Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berdiri dan mengulangi: “Kalau ada perang kita sambut perang!”

Lim tidak hadir di Dewan Rakyat.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa 58 laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan Lim mungkin dipanggil untuk disoal siasat.

http://pakdin.my/tag/umno-pas

35 KOMEN

  1. JELAS DAN NYATA…
    DAP PH PALING RASIS PADA BANGSA MELAYU ISLAM MALAYSIA…
    DALAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ADA PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA…
    TAPI MP HINDRAF DAP PH SUDAH LANGGAR PERLEMBAGAAN NEGARA…
    TIADA TINDAKAN SEHINGGA SEKARANG…
    LICIK…
    RAKYAT BERI SUBSIDI PADA PH…
    SEPATUTNYA PH BERI SUBSIDI PADA RAKYAT…
    PH MENCURI DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA…
    LEVEL MENTERI2 MELAYU PH HANYALAH …DINDA KANDA SAJA
    …HAMPEH…
    INI KES ADIB PUN TAK BOLEH HANDLE….
    MENTERI BUKAN MELAYU PH AMBIL KESEMPATAN PADA KEBODOHAN DAN KELALAIAN MENTERI MELAYU PH DENGAN MENCURI DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA…

    ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin mahu kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diberikan keadilan sewajarnya.

    Cnp…

    ‘Maafkan kami, Adib’ dikala kamu bertarung nyawa kami org melayu hanya dinasihat utk sabar2…..ketika kamu dipukul oleh geng2 india dikuil….kami org melayu dinasihatkn sabar2….dinasihatakn juga kepada kami….org melayu ada kawan dgn india…kwn aku byk india baik2…..tpi org india dikuil tidak hiraukn semua tu….mereka terus membelasah kamu hanya kerana kamu MELAYU!!!……maafkan kami adib….kamu dipijak….kami org melayu masih dgn sikap sabar2…….kamu hilang nyawa!!!…..org melayu masih disuruh sabar2 sbb ada org melayu berkwn dgn india…ya allah sdgkn ketika mereka membelasaha kamu mereka tidak hiraukan perkara ni…..maafkan kami adib…..kami kaum majoriti yg lemah sehingga begitu mudah dipijak oleh minoriti dimalaysia…..
    #JANGANSALAHKANANGGOTAKESELAMATANNEGARA
    #JUSTICE4ADIB

  2. Ayuh saya sudah siap siagah….dgn name Allah demi agama dan bngsa ku serta negara mlysia..kami x gentar..sbb kami pnh berdepan dgn 13mei dulu…bermula dr kg baru tumpah darah ku….senjata ku dh lame tersimpan mngkin dhaga drh penghianat..bersatu kita

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini