KUCHING: Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikejutkan dengan peningkatan mendadak paras air sungai di kampung berkenaan, petang tadi.
Kejadian itu berlaku apabila air laut mula pasang kira-kira jam 4 petang sehingga menyebabkan air Sungai Bako melimpah.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching, Tiong Ling Hii berkata, beberapa rumah sudah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter.
Beliau berkata, anggota Pasukan Bomba Sukarela Bako Indah kini berada lokasi untuk melakukan tindakan menyelamat apabila diperlukan.
“Setakat ini kami dimaklumkan tujuh rumah yang berdekatan sungai sudah dimasuki air.
“Anggota pasukan sukarela kami masih memantau keadaan di lokasi ketika ini,” katanya.
Katanya, air laut pasang besar mencapai tahap tertinggi iaitu 5.3 meter pada jam 6.55 petang ini
Kampung Bako dilanda air pasang besar https://t.co/55QwGuBtPz
Kampung Bako dilanda air pasang besar https://t.co/LG7psFrjV5
Kampung Bako dilanda air pasang besar: KUCHING: Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikeju… https://t.co/Ilz1mgJXkO
Kampung Bako dilanda air pasang besar https://t.co/sLMjFyoEPV
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Kampung Bako dilanda air pasang besar: KUCHING: Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikeju… https://t.co/3B4JO7WRsD
Azmi Haron liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Hamidah Jamaludin liked this on Facebook.