PETALING JAYA: Seorang lelaki dalam usia 30-an ditahan polis selepas menculik anak perempuan bekas teman wanitanya berusia lima tahun dari tadika di Kampung Kundang, Tanjung Sepat sebelum kanak-kanak itu ditemui dekat USJ 2 di Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata kanak-kanak perempuan itu dilarikan suspek kira-kira pukul 10 pagi Khamis.
Dia berkata guru tadika itu membenarkan suspek mengambil kanak-kanak tersebut kerana dia pernah dilihat bersama ibu mangsa sebelum ini.
Zailan berkata suspek juga mendakwa ibu mangsa turut berada di dalam kereta.
Menurutnya, ibu mangsa dimaklumkan oleh bapa saudaranya kira-kira pukul 2.30 petang bahawa anak perempuannya masih belum pulang.
Ibu mangsa dimaklumkan oleh guru tadika bahawa anaknya itu telah dijemput teman lelaki ibunya.
Zailan berkata kira-kira pukul 2.30 petang, balai polis USJ turut menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kanak-kanak perempuan itu ditemui di sebuah pondok pengawal di USJ 2.
Kanak-kanak itu masih berpakaian seragam dibawa ke balai polis.
Polis berjaya menahan suspek tidak lama kemudian.
Zailan berkata kes disiasat mengikut kes culik dari penjaga yang sah.
Kanak-Kanak Perempuan Diculik Bekas Teman Lelaki Ibu https://t.co/rPqsLLmW58
Kanak-Kanak Perempuan Diculik Bekas Teman Lelaki Ibu https://t.co/mfdtbfPSYR
Kanak-Kanak Perempuan Diculik Bekas Teman Lelaki Ibu https://t.co/rDeb9qSVCo
Kanak-Kanak Perempuan Diculik Bekas Teman Lelaki Ibu: PETALING JAYA: Seorang lelaki dalam usia 30-an ditahan … https://t.co/JpODdyDkTT
Kanak-Kanak Perempuan Diculik Bekas Teman Lelaki Ibu: PETALING JAYA: Seorang lelaki dalam usia 30-an ditahan … https://t.co/YrC43Ie5nJ
Azmi Haron liked this on Facebook.
Ramli Mat Idi liked this on Facebook.
Norazman Norazman liked this on Facebook.
Nurul Afifah liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Zarysha Adib liked this on Facebook.
Md Noor liked this on Facebook.
Jack Melia liked this on Facebook.