Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Malaysia

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Global

All countries
228,952,408
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
203,830,768
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
4,700,282
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah “rahsia” DAP

[youtube https://youtube.com/watch?v=WLBl2vK3DuM]

 

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika ini nampaknya tak senang duduk dengan segala tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Mana tidaknya, selepas Tunku Aziz keluar dari parti DAP, terlalu banyak perkara dan kepincangan dalam parti DAP yang didedahkan oleh beliau.

Jadi, Karpal mengambil pendekatan yang sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu saman. Ya, saman!

Karpal telah memberi amaran kepada Tunku Aziz sekiranya masih lagi meneruskan tindakannya mendedahkan kepincangan dan masalah dalam parti DAP, beliau tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap bekas rakan seangkatannya itu. Samalah seperti Anwar, ‘You ulang, I saman!’

Kalau diikuti segala pendedahan yang dilakukan oleh Tunku Aziz, tidak terhitung setiap masalah yang benar-benar berlaku dalam parti DAP.

Antaranya dakwaan Tunku Aziz di mana kerjasama parti PAS dan DAP hanya mainan wayang kulit, tak ubah umpama sebuah perkahwinan yang gagal dan hanya bertujuan untuk mencapai kuasa dalam politik Malaysia.

Secara tidak langsung, dakwaan Tunku Aziz itu ada benarnya. PAS-DAP hanya bermuka-muka sahaja di hadapan umum menunjukkan mereka boleh bekerjasama tetapi hubungan kedua-dua parti itu tidak berdaya maju.

Ia ditambah dengan ‘lakonan’ hebat mereka hanya untuk menghadapi PRU13 sahaja. Selepas keputusan pilihan raya, jelas menampakkan DAP meninggalkan PAS apabila terang-terangan tidak mahu parti Islam itu diberi lebih kuasa dari mereka.

Beberapa minggu sebelum penamaan calon, Tunku Aziz sekali lagi bertindak mendedahkan terdapatnya rancangan khusus dari parti gabungan PKR-PAS-DAP di mana mahu mencetuskan huru-hara sewaktu pembuangan undi.

Terdapat beberapa individu yang telah dibayar oleh PR untuk berlakon dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap SPR di pusat-pusat membuang undi.

Tunku Aziz juga pernah mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa menggantung DAP sebagai parti politik sementara menunggu siasatan mengenai dakwaan penyelewengan ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sehingga selesai siasatan lanjut.

Kata Tunku Aziz, penyelewengan yang dilakukan oleh DAP itu hanyalah mempunyai kepentingan parti sahaja.

Pemilihan CEC DAP diadakan pada 15 Disember tahun lalu dan keputusannya diumumkan pada hari yang sama, namun kira-kira tiga minggu kemudian DAP mengakui ada beberapa kesilapan dalam pengiraan undi dan membuat pembetulan, menyebabkan beberapa anggota parti membuat aduan kepada ROS.

Parti DAP itu juga gagal mematuhi Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan pertubuhan berdaftar termasuk parti politik mengadakan mesyuarat agung dan menghantar laporan tahunan yang turut mengandungi kenyataan kewangan dan senarai anggota jawatankuasanya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat diadakan.

Tunku Aziz juga menempelak sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menghalang siasatan diteruskan kerana ia adalah tindakan menghalang proses keadilan selain menimbulkan tohmahan dan memberikan kesan negatif terhadap reputasi DAP sebagai parti politik.

Yang terbaru pula, Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot dirancang pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti himpunan bantah ‘Balckout 505′ yang sedang gigih dilaksanakan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya termasuklah DAP.

Komplot seperti ini amatlah serius untuk dipandang remeh sahaja kerana unsur provokasi yang cuba dilakukan pembangkang yang merancang melakukan rusuhan jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 membabitkan keselamatan awam dan negara.

Jika difikirkan logik juga, tidak ada masalah untuk Tunku Aziz ‘menghentam’ pucuk pimpinan DAP kerana beliau bukan lagi ahli DAP dan prinsip beliau tetap sama seperti dahulu, membetulkan apa yang tidak betul dan perjuangkan kebenaran.

Prinsip Tunku Aziz inilah yang membuatkan Karpal tidak senang duduk kerana khuatir nama dan imej DAP akan tercalar nak-nak lagi selepas DAP menang banyak kerusi selepas PRU13.

Hakikatnya, Tunku Aziz mendedahkan apa yang benar dan bakal terjadi demi menjaga keharmonian dan kestabilan negara.

Kalau DAP menghentam kerajaan yang memimpin Malaysia dengan baik tak ada masalah pulakah?

Karpal perlu sedar, Tunku Aziz pernah berada dalam parti DAP dan pernah memimpin parti itu, sudah pasti beliau mengetahui kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh DAP.

Seharusnya, Karpal perlu muhasabah diri dan ambil segala pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz sebagai cara untuk mengatasi kepincangan parti DAP sendiri.

 

 

Tunku Aziz (kiri), Karpal (kanan).
Tunku Aziz (kiri), Karpal (kanan).

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi “rahsia” dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

“Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

“Sebagai seorang yang benar-benar gentleman beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.

Berkaitan