26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

KDN Dedah Butiran Penglibatan Pemimpin No. 2 PAS Dengan Syiah Dalam Sidang Media Khas

nik-aziz-syiah-1 nik-aziz-syiah-2

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan butiran mengenai penglibatan pemimpin ‘nombor dua’ PAS dengan kumpulan Syiah dalam sidang media yang akan diadakan pada pukul 3 petang Khamis.

“Saya ingin tegaskan bahawa kami hanya memfokuskan kepada isu ini.

“Kami tidak bermain politik di sini dan tiada agenda politik tersembunyi kerana faktor keselamatan lebih diutamakan,” kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui wartawan selepas merasmikan majlis penghormatan dan sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada wira-wira negara di Padang Kota di sini, Khamis.

Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ahmad Zaid dilaporkan berkata penyebaran ajaran Syiah merupakan satu ancaman kepada Islam dan keselamatan negara.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diberikan lampu hijau untuk bertindak terhadap pemimpin PAS yang didakwa menjadi pengikut kumpulan Syiah berkenaan.

Mengenai firma keselamatan, Ahmad Zahid berkata polis memantau aktiviti kesemua 125 syarikat yang telah diberikan lesen untuk membawa senjata api.

Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan lesen itu sama ada dengan menjual atau memajakkan syarikat mereka, atau membenarkan pihak lain menggunakan senjata api tanpa kebenaran.

“Kita telah memberikan amaran tegas kepada syarikat keselamatan agar mereka tidak menyalahgunakan lesen senjata api yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata kadar jenayah di Pulau Pinang menurun ekoran pelaksanaan Ops Cantas.

“Operasi ini akan diperhebatkan untuk memberkas penjenayah tegar terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Krismas dan Tahun Baru,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid merakamkan ucapan terima kasihnya kepada kerajaan Pulau Pinang yang sudi memberikan sumbangan kepada anggota keluarga polis yang terkorban ketika mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Walaupun kita daripada parti politik yang berbeza, kami amat menghargai kebaikan dan tanda ingatan mereka itu,” katanya.

 






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan