25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Kebakaran di Tawau – lebih 20 hilang tempat tinggal

wpid-kebakaran-tawau-2.jpg

TAWAU: Lebih 20 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan empat rumah di Kampung Pasir Putih, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian bermula pada jam 8 pagi itu, api marak dengan cepat berikutan angin kencang, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

wpid-kebakaran-tawau-2.jpg

Ketua Balai Bomba Tawau, Rudy Fredzek, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.14 pagi sebelum menghantar dua jentera bersama 15 anggota ke lokasi.

“Api dapat dikawal pada jam 8.42 pagi, namun punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.