32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Kecemerlangan Exora REEV bukti standard kereta PROTON

Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din (tiga,kanan) dan Jurutera Frazer Nash Research Limited, Noamaan Siddiqi (tiga,kiri) bersama dengan kumpulannya menunjukkan piala yang dimenangi pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London (FCCBTL)

LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta “terbaik keseluruhan REEV” dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.

Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.

Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

“Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

“Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu.”
Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.

“Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga.”


“Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.

Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya.

Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din (empat,kiri) bersama dengan pasukan Proton yang terlibat dalam perlumbaan Brighton to London Future Car Challeng

 

Ketua Jurutera Teknologi Hijau Proton, Muhammad Zulfadzli Che Mustafar (kiri) serta Hairol Rosli (dua, kiri), Zamrie Kasurin (kanan) dan Nurul Atiqah Mat Ayus (dua, kanan) membuat persediaan terakhir kenderaan elektrik Proton Pesona REEV yang menyertai Cabaran Kenderaan Masa Depan Brighton ke London (FCCBTL)

Ketua Jurutera Teknologi Hijau Proton, Muhammad Zulfadzli Che Mustafar (kiri) dan Nurul Atiqah Mat Ayus (kanan) membuat persediaan terakhir kenderaan elektrik Proton Pesona REEV yang menyertai Cabaran Kenderaan Masa Depan Brighton ke London (FCCBTL)

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...