27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Kelantan Dan Selangor Ditegur Jabatan Audit Negara

Selangor dan Kelantan ditegur Jabatan Audit Negara berhubung beberapa kelemahan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan selain penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan kawalan peruntukan yang tidak cekap.

Pelbagai kelemahan dikesan hingga menyebabkan syarikat milik penuh kerajaan negeri kurang berdaya saing di Selangor.

Manakala Kelantan masih kekal sebagai negeri yang mempunyai tunggakan bayaran balik hutang yang tinggi kepada kerajaan persekutuan.

Semua itu terkandung dalam Laporan Audit Negara 2010.

Laporan Audit 2010 diumumkan semalam.

Antara laporannya penyata kewangan Selangor mengenai hasil pendapatan kerajaan negeri yang menurun 10.9 peratus.

Pulangan pelaburan jangka panjang di Selangor juga tidak memuaskan apabila mendapat pulangan dividen rendah dan hanya 64.5 peratus projek Rancangan Malaysia Ke-9 dibiayai kerajaan negeri dapat disiapkan.

Ketua Audit Negara juga mendapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan jabatan atau agensi untuk 2009.

Namun jawatankuasa itu bermesyuarat 4 kali untuk membuat pemeriksaan dan membincang isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti jabatan atau agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri 2008.

Nasihat diberi Ketua Audit Negara supaya unit audit dalaman mendapat latihan dan bimbingan yang secukupnya.

Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan penglibatan pegawai atau Ketua Jabatan perlu dipertingkat.

Pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan menggunakan budi bucara apabila membuat keputusan juga perlu dielakkan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.