Kemalangan bas di Turki: Seorang maut, 10 peserta rombongan PKNS cedera

Seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera setelah bas yang mereka naiki ketika mengikuti satu rombongan terlibat dengan kemalangan di Afyonkarahisar, Turki, petang semalam.

- Advertisement -

Wisma Putra yang dihubungi Bernama mengesahkan kemalangan bas yang dinaiki oleh 35 rakyat Malaysia itu berlaku ketika rombongan berkenaan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

“Kemalangan berlaku di Afyonkarahisar menyebab seorang maut manakala 10 orang lagi cedera termasuk empat daripada mereka dikatakan mengalami kecederaan serius.

Mangsa kemalangan sedang dirawat di Hospital Afyonkarahisar yang terletak kira-kira 300 km daripada Ankara. Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia) Ankara sedang mengumpul maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan berhubung perkara ini,” kata jurucakap Wisma Putra.

Pegawai daripada Malawakil Ankara dilaporkan akan melakukan lawatan konsular secepat mungkin untuk memberikan bantuan sewajarnya.

Wisma Putra dijangka mengeluarkan kenyataan penuh mengenai insiden itu hari ini.

Sementara itu Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam kenyataan malam tadi mengesahkan bas yang terlibat dengan kemalangan itu membawa rombongan 35 kakitangannya yang sedang melancong ke negara berkenaan.

Perbadanan itu menerima menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan daripada Kedutaan Malaysia di Turki.

“PKNS masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki yang sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Hidap demam viral, Kit Siang dimasukkan ke hospital

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam viral. Perkara itu disahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Bagan Lim Guan...

Hina Jata Negara: Jangan jadi Si Tanggang

Ramai yang masih tak faham bahawa parti politik dan kerajaan adalah dua entiti berlainan. Nak benci parti politik? Be my guest! Tapi jangan hina kerajaan. Jangan cemarkan...

[Video] Dr Mahathir sokong cadangan Shafie Apdal calon PM

Mahathir sedang cuba menagih simpati dan mendapatkan sokongan dari Sabah dan Sarawak untuk meneruskan agenda yang belum selesai untuk keluarga dan kroni.Seleps ini mungkun...

PKR Jelebu hampir lumpuh… 40 ahli keluar parti, sokong kepimpinan PM

SERAMAI 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta-merta pada Sabtu, sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?