Kenapa Hadi tidak pecat menantu sokong militan? - pakdin.my

LOTFI…Saya letak jawatan dulu sebelum Pas pecat saya
LOTFI…Saya letak jawatan dulu sebelum Pas pecat saya

Ketika Syria dan Iraq bermandi darah akibat pertelingkahan etnik mazhab Sunni dan Syiah, Parti Islam Malaysia (Pas) pula sibuk memecat ahli kerana disyakki menyertai gerakan militan di dua negara malang itu.

Terbaru parti itu memecat tiga ahli termasuk seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad kerana disyakki terbabit dengan gerakan militan di Timur Tengah.

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata, dua lagi yang dipecat ialah Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, dan Muhammad Joraime Awang Raime atau Abu Nur, 39.

“Mereka dipecat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan semalam,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita.

Sebelum ini polis sedang memburu lima lagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan kumpulan militan. Mereka adalah antara lima lelaki yang dikehendaki polis kerana disyakki terbabit dengan gerakan militan di Syria, Iraq dan Filipina.

Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur anggota militan dari Malaysia untuk menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) di Syria manakala dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di selatan Filipina.

Mustafa berkata, Pas pusat menerima laporan tiga ahli PAS itu termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki polis.

“Setelah menyemak data mereka dan mendapat laporan dari kawasan berkenaan, Pas pusat memutuskan dalam mesyuaratnya semalam menggugurkan mereka,” kata Mustafa.

Sebelum ini Pas dikatakan telah memecat Lotfi Ariffin dari Kedah yang menyertai gerakan bersenjata di Syria, namun Lotfi menghantar maklumat menerusi internet bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan tidak perlu dipecat.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul hadi Awang pula dalam kenyataan pada 11 Julai berkata, parti itu tidak mengizinkan mana-mana ahli menyertai kumpulan radikal atau bersenjata di dalam atau luar negara.

Tetapi menantunya pula membuat kenyataan sebaliknya. Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan terbuka terhadap kumpulan Isil dan Isis walaupun parti pimpinan bapa mertuanya tidak berbuat demikian.

Zaharudin-Muhammad-sokong militan

Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

Mengapakah Presiden Pas tidak mahu memecat menantunya yang membuat kenyataan terbuka menyokong militan. Tak perlu membandingkannya dengan kenyataan Perdana Menteri di Cheras kerana Datuk Seri Najib memberi contoh perjuangan unik di Timur Tengah sedangkan Zaharuddin memberi sokongan terbuka kepada militan.

Pas mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya double standard dalam segala hal, kini perangai Zaharuddin membuktikan Pas lebih hebat mengamalkan budaya itu.

Pepatah berkata pukul anak sindir menantu tapi dalam kes Abdul Hadi, beliau pecat anak-anak Pas tetapi tak terlintas nak menyindir menantunya sendiri.

UTAMAPOLITIKKenapa Hadi tidak pecat menantu sokong militan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium