Kenapa SPRM tak siasat skandal terowong ajaib - pakdin.my

Sebenarnya, mereka dah puas siasat. Tengok kenyataan SPRM 9 bulan dahulu (kalau mengandung, dah bersalin dah).

Ceritanya begini:

1. Pada bulan Februari, blogger RPK dihantar kertas siasatan dalaman SPRM untuk kes terowong ajaib Pulau Pinang.

2. RPK membongkarkan kertas-kertas sisatan tersebut di laman web beliau melalui 10 buah artikel termasuk pengakuan dari pemilik syarikat terowong bahawa pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam rasuah besar termasuk kepentingan 10% dalam projek tersebut.
https://www.malaysia-today.net/2019/03/16/dari-fail-sprm-siri-10-maklumat-lengkap-sogokan-rm19-juta-untuk-menutup-siasatan-sprm-mengenai-terowong-dasar-laut-pulau-pinang/

3. Bagaimanapun, tidak ada seorang dari pemimpin DAP yang dinamakan dalam kertas siasatan tersebut berani memberi komen apabila ditanya tentang kertas siasatan ini.

4. Pada 1 Mac 2019, pihak SPRM membuat laporan polis mengenai pembongkaran RPK ini.
https://www.malaysiakini.com/news/466258

Tetapi SPRM tidak ingin menjawab sama ada laporan ini adalah mengenai pembocoran atau pemalsuan kertas siasatan mereka.

(Namun selepas 6 bulan laporan polis dibuat, masih tidak ada sebarang berita mengenai kesudahannya.)

5. Tiga hari selepas laporan polis dibuat, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 6 kertas siasatan kes terowong yang masih menunggu keputusan peguam negara sejak awal tahun 2018.
https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

6. Pada bulan April pula, seorang ahli perniagaan didakwa 72 kali di Mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari pemilik syarikat terowong dalam usaha menghentikan siasatan SPRM.

Apa yang menakjubkan ialah semua butiran terperinci termasuk nombor akaun, tarikh, jumlah dan mana sogokan diberi dalam kertas dakwaan mahkamah adalah 100% padan dengan apa yang sudahpun dibongkarkan oleh RPK melalui kertas siasatan tersebut berbulan-bulan yang lepas.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155987758535952

Bagaimanapun, pemberi sogokan untuk henti siasatan SPRM pula tidak dikenakan satu caj pun.

7. Bila isu kertas siasatan terowong terbongkar ini dibangkitkan di Parlimen persama pertanyaan mengenai tuduhan PAS dibayar oleh UMNO pula, speaker tiba-tiba melarangkan segala maklumat dari laporan media serta media sosial digunakan semasa membahas.

Speaker larang guna laporan berita, media sosial ketika perbahasan
https://www.malaysiakini.com/news/467726

8. Pada sesi parlimen yang sama, Timbalan Menteri Hanipa Maidin pula memberitahu Wee Ka Siong untuk tulis kepada pihak polis jika mahu tahu sama ada laporan SPRM kepada polis mengenai RPK adalah mengenai pembocoran atau pemalsuan kertas siasatan.

Dapatkan sendiri laporan ‘siasatan SPRM bocor’, Hanipa beritahu Wee
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/01/dapatkan-sendiri-laporan-siasatan-sprm-bocor-hanipa-beritahu-wee/

9. Hari kemudian, Wee Ka Siong sebagai ahli parlimen turut menulis kepada Ketua Polis Negara Fuzi dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri.

10. Tetapi kedua-dua surat tidak pernah dijawab sehingga kedua-dua ketua polis negara dan ketua SPRM digantikan dengan orang baru.

11. Oleh itu, Wee Ka Siong sekali lagi menulis surat kepada pengganti mereka minggu ini.

12. Kenapa surat ini susah untuk dijawab?

Kerana jika disahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh SPRM adalah mengenainya pembocoran dan bukan pemalsuan, maka ianya juga akan sahkan bahawa pemimpin-pemimpin kanan DAP terlibat dengan rasuah besar termasuk kepentingan 10% dalam projek terowong.

Kerajaan PH ini tak mahu memberi komen tentang pembocoran kertas siasatan, tak mahu debat, tak mahu sahkan lappran polis, tak mahu buat siasatan PAC dan tak benarkan skandal terowong ini dibincang dalam parlimen.

Facebook Najib Razak

#bicaraTerowongAjaib

 

UTAMANAJIB RAZAKKenapa SPRM tak siasat skandal terowong ajaib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium