Kereta dilarikan penjenayah: Kanak-kanak 8 tahun terselamat - pakdin.my

Gambar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melalui pengalaman getir apabila kereta yang dinaikinya dilarikan seorang penjenayah, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa, Nor Abdullah Afiq Abdullah sedang tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Gen-2 milik datuknya, Abu Samah Othman, 62.

Kenderaan itu diparkir di Jalan Melaka Raya 8 di sini apabila datuk mangsa berhenti di sebuah syarikat insurans, yang terletak kira-kira 20 meter dari situ, untuk menjelaskan bayaran bulanan.

Abu Semah ketika ditemui berkata, dia tidak membawa Nor Abdullah Afiq bersama kerana cucunya itu sedang tidur.

“Saya meninggalkannya dalam kereta dengan keadaan enjin dimatikan tetapi tidak berkunci kerana membuka pendingin hawa dan radio,” katanya.

Abu Semah berkata dia diarah membuat laporan selepas seorang anggota polis trafik mengambil nombor pendaftaran serta jenis kereta miliknya.

“Kira-kira enam minit menunggu di balai polis, saya dimaklumkan bahawa kereta dan cucu saya berjaya ditemui di Jalan Parameswara, tidak sampai dua kilometer dari tempat saya parkir,” katanya.

UTAMABERITAKereta dilarikan penjenayah: Kanak-kanak 8 tahun terselamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium