Kerosakan Kabel Dasar Laut AAG Punca Kelembapan Internet Di Asia Tenggara - pakdin.my

Aplikasi permesejan seperti WhatsApp ajuga tidak terkecuali mengalami kelembapan dalam menghantar dan menerima mesej.

aag-submarine-cable

[Kemaskini @ 17:08, 18 September] Telekom Malaysia memaklumkan mengenai kerja-kerja pemulihan dan tempoh masa jangkaan untuk siap. Ia akan mengambil masa yang lama.

Kerosakan sistem kabel dasar laut Asia America Gateway (AAG) memberi kesan sambungan internet menghubungkan antara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat. Capaian internet akan menjadi perlahan bagi seluruh pengguna di rantau Asia Tenggara.

Hampir semua Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia akan menghadapi masalah yang sama – walaupun hanya Telekom Malaysia (TM) satu-satunya ISP yang mengesahkan masalah ini.

Pengguna internet akan terus mengalami kehilangan paket sekali-sekala dan ping tinggi semasa mengakses pelayan yang berpangkalan di AS yang mengakibatkan masa loading yang sangat perlahan untuk laman web seperti Facebook, Twitter serta laman web lain yang menggunakan server di Amerika Syarikat. Aplikasi permesejan seperti WhatsApp ajuga tidak terkecuali mengalami kelembapan dalam menghantar dan menerima mesej.

https://twitter.com/TMConnects/status/512202920314421249

https://twitter.com/TMConnects/status/512202960332267520

TM telah memaklumkan bahawa kerja membaikpulih kabel sedang dijalankan, walau bagaimana pun tidak ada anggaran masa diberikan untuk pulih sepenuhnya; ini adalah kerana ianya melibatkan kabel sepanjang 20,000 km.

Kerosakan berkemungkinan melibatkan sambungan yang terletak di Vung Tau (sebuah bandar pantai di selatan Vietnam) dan Hong Kong, di mana kejadian itu direkodkan berlaku pada kira-kira 23:41 pada hari Isnin (15 September). Pembaikan mungkin akan mengambil masa lebih lama kerana Hong Kong kini sedang menghadapi Taufan Kalmaegi.

[Kemaskini @ 14:11, 18 September] Telekom Malaysia kini sedang aktif mengalihkan trafik Internet ke laluan lternatif semula untuk mengatasi sebahagian daripada masalah ini, tetapi syarikat itu memaklumkan bahawa pengguna akan tetap mengalami kelajuan internet yang perlahan, terutamanya pada waktu puncak.

[Update @ 17:08, 18 September] Telekom Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kerosakan dalam kabel dasar laut AAG. Sejurus selepas mengesan kerosakan dikatakan berlaku pada 16 September – TM telah mengambil langkah-langkah untuk mengalihkan trafik Internet ke laluan alternatif, serta mengoptimumkan rangkaian bagi mengurangkan kesesakan.

Kerja-kerja membaikpulih  kabel dasar laut AAG dijangka akan bermula pada Rabu, 1 Oktober, 2014, dan dijangka siap sepenuhnya pada hari Isnin, 6 Oktober. Ini bermakna pengguna Internet di Malaysia yang kini terjejas akan terus berhadapan dengan sambungan internet yang perlahan dan latency tinggi, yang boleh memberi kesan kepada pengguna yang mengakses server yang terletak di Amerika Syarikat, Asia Utara dan Eropah. Di samping itu, mereka yang menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) yang dihoskan di Amerika Syarikat, Asia Utara dan Eropah akan juga menghadapi beberapa degradasi perkhidmatan.

Telekom Malaysia akan terus memantau masalah ini, dan akan memberikan kemas kini melalui saluran media sosial. Pastikan anda mengikuti @TMConnects dan @TMCorp untuk maklumat terkini mengenai perkara itu.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPKerosakan Kabel Dasar Laut AAG Punca Kelembapan Internet Di Asia Tenggara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium