Kes DJ Radio Best 104 Julie Diana Jadi Mangsa Culik: Suspek Utama Sudah Ditahan - pakdin.my

×

Tidak sampai 24 jam selepas kami menyiarkan kisah DJ Radio Best 104 yang mendakwa diculik dan diugut bunuh, kini sudah pun ada perkembangan positif.

Kecekapan Polis Johor berjaya menjejaki penjenayah kes itu berikutan penangkapan lima orang suspek semalam.

Kelima-lima suspek berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan di serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai & anggota polis Ibupejabat Polis Johor Bahru Utara di Kulaijaya pagi semalam.

Keputusan ujian air kencing terhadap 4 dari suspek terbabit turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Perkembangan itu turut menjadikan jumlah tangkapan bagi kes ini kepada tujuh orang. Petang tadi, kelima-lima suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Majistret Maslinda Selamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Difahamkan, penyampai radio itu menjadi mangsa rambang kumpulan itu untuk melakukan samun. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Polis dipercayai akan membuat beberapa lagi tangkapan tidak lama lagi.

×
UTAMABERITAKes DJ Radio Best 104 Julie Diana Jadi Mangsa Culik: Suspek...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium