Kes SRC: Perbelanjaan kad kredit sebagai hadiah kepada kerabat Raja sebuah negara - pakdin.my

Mengenai tajuk berita “Saksi: 2 kad kredit milik Najib diguna belanja RM3.3j dalam sehari”.

1. Saksi ini sebenarnya telah membuktikan bahawa saya jarang menggunakan kad kredit ini.

Walaupun saya selalu dituduh beli ini dan beli itu, fakta di Mahkamah menunjukkan inilah perbelanjaan paling besar untuk kredit kad saya.

Seluruh had kredit RM3 juta itu telah digunakan dalam satu hari pada 8 Ogos, 2014..

Perlu juga ditegaskan bahawa ini bukan kad kredit SRC tetapi kad kredit atas nama saya.

2. Perbelanjaan ini adalah untuk hadiah kepada ahli kerabat Raja kanan sebuah kerajaan serta rombongan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan negara kita.
(Bukan Arab Saudi atau Abu Dhabi)

Mereka sekeluarga serta rombongannya telah bersama kita dalam kunjungan kita sekeluarga ke Italy masa itu.

Ianya adalah kebiasaan untuk memberi hadiah kepada pemimpin kerajaan lain.

Biasanya kerajaan yang akan tanggung kos hadiah (seperti PM ke-4 bagi hadiah besar untuk rumah peribadi Presiden Mugabe dari Zimbabwe dahulu) tapi kali ini, saya bayar dengan kad kredit saya.

3. Pembelian dan pemberian hadiah itu pada 8 Ogos 2014 itu juga telah dibalas dengan sepucuk surat bertarikh 15 Ogos 2014 dari penerima hadiah.

4. Saya menyorokkan nama penerima hadiah ini dalam posting kerana tidak adil untuk nama beliau digunakan secara awam seperti ini tapi surat asal akan dikemukan kepada mahkamah sebagai bukti kes.

Masa itu, penjelasan dari peguam saya juga akan dikemukakan.

Oleh kerana kes SRC in masih dalam perbicaraan, saya tak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa ini.

Yang saya boleh kata ialah tajuk berita dari kerajaan PH ini bukan semua boleh dipercayai secara bulat-bulat kerana ianya amat selektif.

Itulah sebab saya telah beberapa meminta perbicaraan kes saya disiarkan secara langsung supaya Rakyat tahu cerita sebenar.

Tapi PH tak mahu.

Saya juga percaya bahawa penjelasan dalam posting ini tidak akan masuk berita stesen TV.

Facebook Najib Razak


UTAMABERITAKes SRC: Perbelanjaan kad kredit sebagai hadiah kepada kerabat Raja sebuah negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium