Ketua bahagian penguatkuasa JAIP, Raflie Ab Malik mati terkena tiga das tembakan - pakdin.my

“Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,”

Raflie Ab Malik

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

“Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

“Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,” katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

AL-FATIHAH

 

UTAMABERITAKetua bahagian penguatkuasa JAIP, Raflie Ab Malik mati terkena tiga das tembakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium