Krisis MB Selangor: Anwar, Guan Eng rayu PAS boikot mesyuarat Exco esok - pakdin.my

majlis-tertinggi-pakatan-rakyat

Pakatan DAP dan PKR yang hampir runtuh di Selangor terpaksa merayu Exco PAS memulaukan mesyuarat exco, esok.

Tindakan memboikot itu dianggap kedua-dua parti itu sebagai tanda sokongan terhadap enam exco parti itu yang dipecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang tadi.

Rayuan itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media selepas mesyuarat tergempar parti masing-masing sebentar tadi.

Guan Eng pula berkata, tindakan Khalid itu membelakangkan demokrasi dan tidak beretika.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan memecat semua exco terbabit juga membelakangkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Mesyuarat malam tadi ekoran keputusan mengejut Khalid memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan menggantikan Khalid turut hadir termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, tiada kelibat pemimpin PAS hadir pada mesyuarat tersebut.

Khalid sebelum ini mengumumkan empat Exco mewakili PAS kekal bersamanya dalam kerajaan negeri sekarang selepas beliau mendapat perkenan kekal sebagai menteri besar.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Anwar, Guan Eng rayu PAS boikot mesyuarat Exco esok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium