Thursday - July 29, 2021 @ 22:51
BERITAEKONOMILaporan Audit 2013: PDRM dicadang tukar 70 peratus kenderaan peronda

Laporan Audit 2013: PDRM dicadang tukar 70 peratus kenderaan peronda

pdrm-kereta-peronda-polis

Ketua Audit Negara mencadangkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memohon daripada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penggantian kenderaan baru bagi memastikan operasi kenderaan peronda polis (MPV) berjalan lancar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, daripada 22,726 kenderaan milik pihak berkuasa itu sebanyak 15,626 (68.8 peratus) sudah melebihi had usia lapan tahun yang ekonomik digunakan.

Manakala sebanyak 1,530 MPV (42.1 peratus) daripada 3,635 buah kenderaan sudah mencapai usia yang sama pada akhir tahun lalu.

“Tempoh penggantungan MPV atau kenderaan tidak bergerak kerana diselenggara dan pembaikan di lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang dilawati adalah antara satu hingga empat minggu membabitkan 72 MPV, lima hingga 24 minggu untuk 81 MPV manakala lebih empat minggu untuk empat MPV,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, kekurangan mekanik di bengkel PDRM menyebabkan tempoh penggantungan berlarutan.

Malah, terdapat juga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang gagal menghantar kenderaan mereka untuk diselenggara selepas tamat tempoh penyelenggaraan percuma oleh pembekal.

“PDRM perlu memohon tambahan perjawatan atau melakukan penyusunan tugas dengan memberi perhatian kepada beban kerja berbanding bilangan mekanik bagi memastikan perkhidmatan bengkel dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan,” kata laporan itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here