Lelaki Hilang Di Hutan Rimba Templer Rabu Lepas Ditemui - pakdin.my

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam memberi rawatan perubatan kepada Hardip Singh, 51, yang hilang sejak empat hari lepas di Hutan Taman Rimba Templer Rawang dekat Kuala Lumpur, Ahad. Hardip yang bertugas sebagai eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas tempatan dilaporkan hilang sejak empat hari lepas selepas dikatakan melakukan tinjauan program pendakian seorang diri di kawasan tersebut

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas tempatan yang dilapor hilang semasa mendaki bukit di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang, Rabu lepas ditemui pada Ahad.

Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari oleh beberapa Orang Asli yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harulberkata Hardip Singh ditemui di tebing sungai dekat lereng bukit dalam keadaankesejukan dan kelaparan.

“Ketika ditemui, dia memeluk batu. Orang Asli yang menemuinya kemudian memaklumkan kepada pasukan penyelamat lain,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata, Hardip Singh yang dalam keadaan trauma, cedera di bahagian tangan, bahu kiri dan kedua-dua lutut selepas dikatakan terjatuh kira-kira tiga meter dari bukit itu, dihantar ke Hospital Selayang.

Mohd Sani berkata, pasukan penyelamat yang memulakan pendakian sejak Khamis mengambil masa dua jam setengah untuk membawa lelaki berkenaan turun dari bukit itu.

Seramai 150 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat Hardip Singh yang dilapor hilang selepas memasuki Hutan Taman Rimba Templer secara bersendirian pada pukul 5.30 petang Rabu.

UTAMABERITALelaki Hilang Di Hutan Rimba Templer Rabu Lepas Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium