Home / :: BLOG :: / Mahathir Bapa Hipokrasi : Dulu Reformasi, Kini Kleptokrasi

Mahathir Bapa Hipokrasi : Dulu Reformasi, Kini Kleptokrasi

Tidak ada gelaran yang sesuai untuk Mahathir sekarang ini melainkan menggelarkanya sebagai “Bapa Hipokrasi”. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir bila bersama sama dengan pembangkang menyerlahkan sikap hipokrasi sebenar Mahathir.Kalau orang tanya mana macam mana RM32 billion boleh hilang? Mahathir kata “tidak tahu”. Bila ditanya pasa derma RM1 billion pada DAP, Mahathir kata “hanya orang gila yang percaya”.

Ini jawapan orang yang penuh hipokrasi. Jawapan yang berbentuk “everything to hide”.

Ketika ucapan terakhirnya di Masjid Negara, sebelum ditahan dan disumbat  ke penjara. Anwar Ibrahim berkata “Rupa rupanya kuasa yang diambil daripada raja diserahkan kepada mamak bendahara (Mahathir).

Sekarang kita mahu kuasa balik kepada rakyat. Baik satu syarat. Saya akan setuju beramai ramai ke Dataran Merdeka dengan satu syarat. Terima syarat, baru boleh pergi. Kita mahu reformasi. Kita mahu Dr Mahathir berhenti. Boleh? Berjalan sekarang” kata Anwar di Masjid Negara pada 20 September 1998. Malam tersebut, Anwar terus ditahan dirumahnya.

Ramai puak reformis yang kena kayu cota dan air pemedih mata kerana lawan Mahafiruan pada ketika itu. Sepanduk sepanduk yang dibuat banyak bertulis minta “Mahathir Resign” atau letak jawatan. Kini selepas 19 tahun, segala galanya sudah jadi terbalik dan terpusing habis.

7 Oktober 2017, ketika berucap atas “forklift” dalam kempen bersolidariti bersama Tian Chua, Mahathir berkata “Selagi kita tidak boleh jatuhkan kerajaan ini, kita tidak boleh adakan reformasi, kita tidak boleh buat apa apa”.

Mahathir kini sudah bercakap hal “reformasi” dan mahu menjatuhkan kerajaan bila duduk bersama dalam pembangkang.

“Di negara lain, rakyat berperang bermati matian untuk menukar kerajaan. Mereka berdemonstrasi di jalanan hari hari. Berjuta orang keluar. Mereka dikenakan gas pemedih mata. Ditembak sehingga mati tetapi mereka terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim” kata Mahathir.

Mahathir sedar atau tidak semasa dia berceramah ini? Dia sebenarnya kata kepada dirinya sendiri. Telinga dia yang pertama kali mendengar apa yang dia cakap ini. Dulu semasa reformasi, siapa yang kena gas pemedih mata, siapa yang berdemo untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka panggil dengan gelaran Mahafiruan?

Inilah Mahathir sekarang, penuh hipokrit dan umpama paku dulang paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih.

Hipokrasi Mahathir ini juga terserlah apabila dia menegur dan menasihati para mahasiswa universiti bahawa amalan demokrasi tidak diajar dalam Al Quran.Pada tahun 2014, Mahathir mengaku dia membaca Al Quran dalam bahasa yang difahaminya. Tujuannya untuk dia mengetahui ilmu Al Quran.

Dia juga menempelak mahasiswa yang tidak mahu ikut ajaran dalam Al Quran, sebaliknya hanya suka dengar hasutan pensyarah. Justeru dia berpesan kepada mahasiswa bahawa dalam Al Quran tidak pernah diajar kita untuk berdemo.

Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mahathir tanpa segan silu di usia 92 tahun menghasut rakyat untuk membelakangi Al Quran dengan meminta rakyat turun berdemontrasi.

Apa yang dia tidak pernah gelar kepada para demonstran dahulu, apa pula yang dia tidak pernah lakukan kepada para demonstran? Semuanya dia sudah lakukan.

Menggunakan nama hapus kleptokrasi, Mahathir memujuk rakyat untuk turun berdemo bersama-samanya pada 14 Oktober ini. Sebelum itu lagi semasa demo BERSIH 5.0, Mahathir telah menunjukkan hipokrasinya dengan mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya menjatuhkan kerajaan.

Demo pada Sabtu ini buat pula di padang yang dekat dengan pejabat PPBM di Petaling Jaya. Risau takut orang tidak ramai, Mahathir sudah tukar demonstrasi itu jadi macam karnival dan ada makanan percuma kepada siapa yang hadir berdemo.

Bila Mahathir menjadi pengerusi pembangkang, nampak sangat demonstrasi yang cuba dianjurkan oleh pembangkang ini gagal. Dulu kalau pembangkang buat demonstrasi, mereka target sejuta orang. Sekarang ini, zaman Mahathir jadi pengerusi pembangkang, hanya 100,000 orang sahaja targetnya.

Itu pun buat pada malam hari. Takut orang ambil gambar demonstrasi tidak ramai orang. Jadi bila gelap, tidak nampak sangatlah padang itu kosong dan tiada orang.

Sekarang bila sudah berkawan baik dengan DAP dan PKR, Mahathir sudah lupa ajaran Al Quran? Apakah ayat Al Quran yang Mahathir guna sekarang untuk halalkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan yang sah?

Inilah “Bapa Hipokrasi” di Malaysia, Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk membolehkan anaknya menjadi Perdana Menteri. Gila sungguh hendak jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Apa boleh buat, semuanya ini hanya untuk kepentingan kroni sahaja bukannya untuk rakyat pun.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

25 comments

  1. Ned Salleh

    Susah gak kena ikut arahan Big Boss untuk hentam Tun M tiap2 hari….sampai isu yg sama diulang mcm rekod rosak….tapi dedak.punya pasal….on..

  2. Khairul Izuan

    Tun m ni kononnya baling gelas pon tak pecah tapi hari2 cybertrooper umno hentam tun m 24 jam…tu tanda2 dah tergugat dgn tun m..

  3. Atam Puchong Atam Puchong

    Tk layan page bodoh ni.. admin isap gam. .

  4. Mohamad Ab Rahim

    .It’s a good piece!..fakta..1. Dan jika benar, kekayaan kroni dan keluarga dari punca salah kuasa politik, polisi kronisme dalam tender, nepotisme dengan pemerintahan kuku besi, di zaman TunM la sebenarnya wujud Kleptokrasi sebenar, dan bukannya Kerajaan kini. 2. Dan jika begitu, TunM juga boleh diberi gelaran Bapa Kleptokrasi….3. Justeru, kempen anti-kleptokrasi pihak pembangkang ini, tidak ada makna langsung, selain dari hipokrasi, satu demo jalanan kosong, TANPA ASAS dan politik murahan atau low-class sahaja….good..hehee

  5. Wan Shahriman Wan Zulkifli

    Ala bagi mukhriz jawatan dlm kabinet, kompom madey diam terus….

  6. Mohamad Ab Rahim

    Good one En Wan…strategi boleh berbentuk sesuatu yang sangat kompleks atau simple je….semua PPBM terus U-turn….hehehe

  7. Azli Aziz

    Sebenarnya apabila dunia sentiasa dihati….segunung emas pun tak pernah cukup… memerintah sedunia pun takkan puas…itulah hasil dari sesuatu yang tidak mendapat berkat Allah SWT. Kesian tengok orang tua ni…

  8. Azmi Naz

    Tun m setakat kwn gn bapak guan eng skg ni,sy tk brni komen ,

  9. Abd Jalil

    Amat setuju… terbaik.. Jadi ahli Masjid lagi terbaik..

  10. Wan Shahriman Wan Zulkifli

    Bkn ape tuan. Aritu bukan main dia puji najib. Lpas mukhriz kna, trus serang kaw kaw. Siap bersubahat dgn dap….

  11. Jasni Jaafar

    Madey Kutty sentiasa membawa kerosakan pada agama bangsa dan negara selama dia berada dlm kabinet..selepas tiada dlm kabinet pun masih melakukan kerosakan ..kali ini lebih parah lagi bersekonkol dgn DAPig laknattullah yg anti Melayu Islam..pendek kata selagi Madey Kutty menongkat langit selagi itulah kerosakan akan berlaku ke atas negara ini..

  12. Hokage Chai Rasenggan

    Tahniah Tun….. Teruskan usaha mu utk menangkap penyamun2 1MDB dan membongkar rahsia 2.6b…

  13. Cadis Etrama Di Raizel

    Kahkahlah…

    Admin bangang..boleh pula macai bodoh..eloklah tu
    macai + bangang = bijan

  14. Zam Nasir

    rontikanlah bang min…dah takdo kojo ko..hari2 update caci maki…hasut…batu api…poei berbakti pado rakyat sano buek kojo…kito rakyat pandai menilai…kat media mcm2 peruntukan..tapi tak sampai la bang…paham tak…tak sampai…dah nak ngundi baru nmpk muko…

  15. Zam Nasir

    den bkn macai dap pun bang…tp dah muak la politik2 provoke ni…cam harem…

  16. Adham Abdullah

    Haha…… Batu api, batu lesung, batu ladung smua ada haha….

  17. Azlan Ayob

    Kroni & Anak2 Sdn Bhd… Madey Kleptokimak

  18. Azlan Ayob

    Kroni & Anak2 Sdn Bhd… Madey Kleptokimak

  19. Rahman Iska

    PH menghimpunan pemimpin2 yg berpengalaman dan yang sentiasa telus serta utamakan kepentingan rakyat.. Anwar, muhyidin, azmin, guan eng, mukriz.. Mereka dah buktikan mereka cukup berpengalaman dan mencapai rekod khidmat cemerlang dlm pentadbiran mereka..
    Pemimpin2 yg rakyat malaysia amat2 nantikan, bakal bawa Malaysia kearah lebih maju, makmur dan bebas rasuah..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: