28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Mahathir orang tua mengarut

Mahathir Mohamad tidak layak bercakap mengenai demokrasi kerana beliau bertanggungjawab memusnahkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman ketika pemerintahannya, kata menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan, hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi sasaran kritikan Mahathir, menyatakan Najib “mengembalikan” apa yang “dimusnahkan” Mahathir ketika mentadbir negara.

Rahman berkata lebih ironi apabila sekutu baharu Mahathir dalam barisan pembangkang, kini mempelajari tentang demokrasi daripadanya sedangkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri.

Beliau memetik bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, yang kini berdiri teguh bersama Mahathir, sedangkan sebelum ini pernah menyifatkan pentadbiran Mahathir sebagai `autoritarian’ dan demokrasi Umno `mati’ di bawah pimpinannya.

“Zaid juga berkata sistem perundangan serta kebebasan kehakiman Malaysia musnah di bawah pentadbiran Mahathir. Tetapi kini Zaid tetap meminta Mahathir kembali memerintah.

“Mujurlah kebebasan sistem kehakiman dan perundangan sudah dipulihkan. Undang-undang yang digunakan oleh Mahathir secara sewenang-wenang untuk menekan mereka yang menentang beliau, seperti Akta Rahsia Rasmi (ISA), dihapuskan oleh Najib.

“Kebebasan untuk menyatakan bantahan dijadikan sebahagian daripada undang-undang buat pertama kalinya menerusi Akta Perhimpunan Aman, manakala demokrasi Malaysia tumbuh subur dalam suasana yang tidak pernah dinikmati di bawah pemerintahan Mahathir,” katanya yang juga pengarah komunikasi strategik BN.

Rahman berkata kritikan berterusan Mahathir terhadap Najib disebabkan kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan, supaya anaknya yang kecundang dalam politik dapat menjadi perdana menteri.

“Beliau (Mahathir) marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya. Sebagai contoh, 2 pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini yang disifatkannya sebagai pungutan suara terhadap perdana menteri, menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada BN dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

“Rakyat tidak lagi mengendahkan bebelan menyedihkan dan semakin mengarut seorang bekas pemimpin lanjut usia. Tambahan pula, apa perlunya kita belajar demokrasi daripada insan yang mengakui dirinya seorang diktator?,” katanya.

Serangan Rahman itu dibuat susulan kenyataan terbaru Mahathir iaitu “selagi Najib memegang kuasa, Malaysia tidak akan demokrasi”.

Mahathir sebelum ini berkata bukan perkara luar biasa untuk pemimpin “yang tidak berjaya” atau melakukan “sesuatu yang buruk kepada negara”, untuk meletak jawatan – memetik perdana menteri Australia, Tony Abbot dan Britain, David Cameron sebagai contoh.

20161003120161003-rahman-dahlan-mahathir

Berita Berkaitan

Komen

  1. Dajal madey memang orang tua mengarut n hilang akal.
    Suka pecahbelahkan umat islam n putuskan siratulrahim sesama umat islam. Perbuatan madey ini sahabat setan

  2. Demokrasi ala Mahathir memang wujud iaitu bila ada penentangnya, dia hapuskan mereka. Tapi, bila anak dia kena sekel kerana menentang pemimpin. Dia tak boleh terima pula. Demokrasi jahiliah mamak pengkhianat!

  3. mung nie dok tuduh tua dan mengarut apa ke hal nie dah mung tu muda sangat ke atau mung dah naik gilor Kut….makan lah dedak dulu atau ubat kuat kan adek tu lagi bagus biar bangun pagi awal sikit….mcmana….. hahaha hahaha hahaha muka tak tau malu…..

  4. Orang tua mengarut inilah yg berjaya majukan negara ni hingga disegani dunia luar lah bongok.. bukan mcm bos kau yg kepit telor pastu puji diri sendiri mengaku konon dia bagus dari org tua tu!!

  5. Kutuk lah, hina lah Tun….X terkesan langsung pada penyokong2 Tun Dan BERSATU…..X goyang langsung sokongan kami pada Tun, malah lebih menguatkan lagi…Dan menguatkan lagi sebab2 mengapa BN mesti di tolak PRU14.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.