Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Global

All countries
231,497,911
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
All countries
206,462,954
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
All countries
4,744,617
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Mahdzir sambut baik titah Tuanku, demokrasi musyawarah penyelesaian permasalahan

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkap kembali titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang antara lain menasihatkan semua pihak untuk mengamalkan demokrasi musyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau turut melontarkan kembali bagaimana hasrat dan titah Tuanku yang menyambut baik keterbukaan kerajaan hari ini.

“Hari ini menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas di Dewan Rakyat hari ini. Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan.

“Antara intipati Titah Baginda adalah menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Baginda menyambut baik keterbukaan Kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.

Tambah beliau lagi, Tuanku juga menyentuh soal kematangan politik hari ini yang didambakan oleh seluruh rakyat.

“Titah Tuanku lagi, kematangan politik seperti inilah yang didambakan oleh seluruh rakyat. Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi “biduk lalu, kiambang bertaut”. Sesungguhnya yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua.

“Hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah ‘Keluarga Malaysia’ sahajalah, kita akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh. Itu ditegaskan Baginda Tuanku,” ujar Naib Presiden UMNO itu lagi.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah.

Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali ini akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Oktober.

Berkaitan