33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Malaysia, India Meterai 31 MoU RM158.4b

NEW DELHI: Malaysia dan India hari ini memeterai 31 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM158.4 bilion (AS$36 bilion).

Daripada jumlah itu, kira-kira RM140 bilion membabitkan projek di Malaysia dan bakinya adalah projek di India.

Pertukaran dokumen itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika majlis jamuan tengah hari bersama ketua industri Malaysia-India di Hotel Taj Palace di sini.

MoU itu adalah berkenaan pembinaan pelabuhan, lebuh raya, stesen janakuasa solar, pembangunan bandar pintar dan taman teknologi, terminal penggasan semula, projek pemprosesan kelapa dan minyak sawit serta pusat pengajian tinggi.

MoU  terbesar adalah membabitkan pembinaan bandar raya maritim bersepadu di Pulau Carey, Selangor di antara MMC Port Holdings Sdn Bhd, Sime Darby Property Bhd dan Adani Ports & Special Economy Zone Ltd (India) bernilai AS$22.78 bilion (RM100.3 bilion) untuk tempoh 30 tahun.

Projek pembinaan pelabuhan di antara MMC dan Adani bernilai AS$9.39 bilion (RM41.3 bilion) juga di Pulau Carey.

Antara MoU sektor swasta (B2B) lain adalah:

* Loji janakuasa solar terapung  di antara Mutiara Etnik Sdn Bhd dan Vatsaa Energy Pvt Ltd (India).

* Pembuatan, pengedaran, pemasaran, import dan eksport produk farmaseutikal di antara Duopharma (M) Sdn Bhd, subsidiari CCM Pharmaceutical Sdn Bhd dan Natco Pharma Ltd.

* Pemasaran dan pembekalan produk Samtel Avionics ke pasaran Malaysia di antara HPC Global Sdn Bhd dan Samtel Avionics Ltd.

* Pembelian produk halal diusahakan di ECER Halal Park untuk pasaran Malaysia dan global di antara Lotus Global Goods Sdn Bhd dan Mirha Exports Pvt Ltd.

* Usahasama pembangunan latihan di antara Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PMSB), ISDC (Malaysia) dengan Interactive Institute of Job Skills Pvt

* Projek bandar pintar di antara SkyBlue Media Sdn Bhd & PSl Venture Sdn Bhd & Drachen Welle Engineering Sdn Bhd dengan Bruhat Bengaluru Mahanagara Palike.

* Ingress Industrial (Malaysia) Sdn. Bhd dan Sunvisors (India) Pvt. Ltd.

* Binary University dan Loyola Institute of Business Administration Chennai

* Projek Perumahan Mapan di India antara CIDB Holdings dan NSL Infratech Pvt Ltd

* Projek lebuh raya dan lebuh raya ekspres di India antara CIDB Holdings dan MEP Infrastructure Developers Ltd.

* Projek River Front di Delhi antara CIDB Holdings dan National Buildings Constructions Corporation Ltd (NBCC)

* Operasi loji janakuasa dan penyenggaraan di India membabitkan TNB Repair & Maintenance Sdn Bhd dan GMR Energy Limited.

* Projek Terminal Penggasan Semula dan Stor Terapung di Kakinda, Andra Pradesh di antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan Andhra Pradesh Gas Distribution Corporation

* Pembekalan dan pengedaran minyak sawit ke India di antara Felda Global Venture Holding Berhad dan Trimex Industries.

* Pemasaran dan pembekalan produk Hyrax Oil ke benua India di antara Hyrax Oil Sdn. Bhd dan Lexicon.

* Membina kilang urea/ammonia di Andhra Pradesh di antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan VBC Fertilisers

* Hak pertukaran filem antara  Nation Film Studio & FITA Studio dan Modern Media Digitech India.

* Projek infrastruktur kereta api di antara CIDB Holdings dan IRCON.

* Pembangunan beberapa pusat konvensyen pelbagai guna di India antara MRCB dan Adani Realty

* Pembinaan kilang pemprosesan kelapa di Bagan Datuk, Perak antara GMIND Sdn Bhd (Malaysia) dan Mezhukkattil Mills (India)

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan