25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Malaysia Kutuk Penawanan Dan Pengurungan Orang Awam

Kayla Mueller

Malaysia melahirkan rasa sedih terhadap berita kematian Kayla Mueller, pekerja bantuan kemanusiaan Amerika Syarikat yang ditawan dan dikurung kumpulan militan IS pada 2013 dan dilaporkan dibunuh di Syria.

Kementerian Luar dalam kenyataan Khamis berkata, Malaysia mengutuk penawanan dan pengurungan tanpa belas kasihan, orang awam yang tidak bersalah, yang membawa kepada kematian Kayla Mueller.

“Malaysia melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kayla Mueller dan kerajaan Amerika Syarikat.

“Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi saat sukar,” menurut kenyataan itu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.